Membina Generasi Harapan

Kem Cintai Ibadah

Buat julung kalinya, ISMA Pulau Pinang telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan ‘Kem Cintai Ibadah’ yang para pesertanya adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam. Antara objektif kem ini dijalankan ialah untuk meyemai kesedaran dan rasa cinta untuk melakukan ibadah kepada Allah.

‘Kem Cintai Ibadah’ yang telah dijalankan ini merangkumi tiga fasa dengan tema yang berbeza. Fasa yang pertama adalah bertemakan ‘Cintai Solat’ manakala fasa yang kedua adalah berkaitan “Cintai Al-Quran’. Fasa ketiga pula adalah mengenai ‘Pesona Muslim’. Bagi fasa yang pertama, ia telah dilaksanakan pada 3 April hingga 5 April di Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART), Pokok Sena dan fasa kedua telah berlangsung pada 10 April hingga 12 April di Sekolah Tahfiz Al-Islah (STAIL), Tasek Gelugor. Manakala fasa yang ketiga telah dijalankan pada 24 April hingga 26 April di Sekolah Tahfiz Al-Islah (STAIL), Tasek Gelugor.

Seramai lebih kurang 100 orang peserta telah menyertai kem ini pada setiap fasa yang dijalankan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang kem ini berlangsung. Ini termasuklah LDK, ceramah, praktikal solat, praktikal tilawah Al-Quran, Malam Kesenian Islam, gotong royong dan sebagainya. Komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh para peserta adalah amat memberangsangkan. Pihak ISMA Pulau Pinang ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama pihak pengurusan STAIL, SMART dan IKBN di atas kerjasama yang diberikan serta AJK yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.

Jazakumullahu khairan kathira.

imag0013

Aktiviti LDK

imag0015

Perbincangan dalam kumpulan

imag0028

Masing-masing memberikan idea

One response

  1. syumulislam

    Alhamdulillah, semoga ISMA penang terus proaktif. Tahun ni, ada tak mukhayyam pembina macam tahun lepas. Saya berminat untuk turut serta.

    May 9, 2009 at 10:04 pm

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.