Career Night – Malam Kerjaya
8 Mei 2010, Sabtu
PEMBINA Pulau Pinang beserta kerjasama jawatankuasa Imtiyaz telah berjaya melancarkan program “Career Night” yang bertempat di Sekolah Menengah Taman Jelutong, Kulim. Program yang julung kali diadakan ini bermula pada jam 8.30 malam sehingga 11 malam dan ianya berjaya menarik kehadiran kira-kira 100 orang pelajar tingkatan 4 dan 5.
Objektif utama program ini dilaksanakan adalah bertujuan memberi gambaran am kepada para pelajar yang menghampiri gerbang SPM mengenai pelbagai skop kerjaya yang boleh mereka ceburi di masa hadapan. Dua slot khas yang telah dirancang menyediakan peluang kepada 7 para panelis jemputan dari pelbagai bidang untuk berkongsi pengalaman dan menerangkan cara-cara untuk mencapai kejayaan selama 10 minit di slot pertama. Di slot seterusnya, 7 kaunter dibuka di ruang legar sekolah untuk memberi peluang kepada para pelajar mengutarakan persoalan secara ‘face-to face’ kepada ahli panel dalam bidang yang mereka minati. Pelbagai ilmu, nasihat dan pengalaman yang berguna telah berjaya dikongsikan bersama para pelajar yang mengerumuni para panelis dan kelihatan begitu bersemangat mengajukan soalan mengenai kerjaya yang diminati (Kedoktoran, kepeguaman, kejuruteraan, pendidikan (pensyarah), sumber manusia, sains, pengajian agama). Setelah hampir setengah jam lebih slot kedua berjalan, majlis ditamatkan dengan jamuan ringan yang telah disediakan. Para panelis yang hadir pada malam tersebut adalah:
- EN. KAMALDIN NORDIN – MBA UKM.-HR MOTOROLA,SINGAPORE
- Dr. HJH.NORHASIMAH ISMAIL – MA FAMILY MEDICINE UKM –DOKTOR PAKAR KELUARGA
- EN. ROZAINI OTHMAN – MSc KEJURUTERAAN MEKANIKAL USM –PENSYARAH JABATAN MEKANIKAL UITM
- MOHD REDZA KHAZALE – BA LAW UIA
- KHAIRUL RIZAL JAHARI – BA ELECTRONIC ENGINEERING,UNI OF YORK , UK
- INTAN FAIRUZ ISMAIL - BSc UNIVERSITY OF MELBOURNE & MONASH UNIVERSITY AUSTRALIA
- MOHD YUSOFF ABD.MUTALIB – DIP. TAHFIZ JAKIM, BA USULUDIN UNIVERSITI IMAN, BA PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI SABA YAMEN.
Harapan dari program tersebut adalah untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang jelas dengan cita-cita yang mereka impikan. Tanpa matlamat yang jelas, seseorang akan mudah goyah dan tergugat oleh gejala-gejala negatif.
Rumusan yang berjaya dikaut dari Malam Kerjaya tersebut, para pelajar di peringatkan bahawa keimanan adalah asas segala kerjaya. Ilmu agama bukan hanya untuk diaplikasikan oleh individu-individu dalam bidang kerjaya agama sahaja malah dalam apa kerjaya sekali pun. Islam dan keimanan harus disertakan dan diadun sekata.
Akhirul kalam, moga bertambahnya mukmin profesional yang terpancar Islam dari dalam dirinya. InsyaAllah.
-sumber: http://pembinapenang.wordpress.com/


my presentation file during career nite can be downloaded at: http://nalurikembara.blogspot.com (located on the right in the “Shared file” box)
Tahniah pada PEMBINA & Imtiyaz 2011 Committee!
May 14, 2010 at 8:32 pm