Manhaj Fikrah Hasan Al-Banna: Tiga Unsur Tarbiyah
Manhaj Rasulullah S.A.W hanyalah Al-Quran dan masjid adalah madrasah baginda mengumpulkan para sahabat. Bukannya kolej ataupun universiti. Tetapi dari madarasah inilah mereka mampu menggegarkan dunia sehingga terbina sebuah tamadun yang agung dan hebat. Manusia yang berada di sekeliling Rasulullah S.A.W bukanlah manusia yang berpangkat tinggi, berharta mahupun di kalangan bangsawan. Mereka hanyalah manusia yang miskin, dhaif, hamba dan hanya menggembala kambing. Tetapi mereka sangat hebat dan sangat mulia disebabkan Islam yang mereka anuti.
Perutusan sulung Mursyid Ikhwan Muslimin ke-8, Dr. Mohammed Badee’

Dr. Mohammed Badee’(kiri) bersama Ustaz Mahdi Akef
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam bagi Rasulullah, para sahabatnya dan semua yang mengikutinya.
Ikhwah dan akhawat yang dimuliakan,
Saya dahulukan dengan sapaan Islam yang mulia: Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Dengan kehendak Allah, saya mengambil tanggungjawab yang besar ini, yang telah Allah tetapkan untuk saya, dan dengan permintaan dari gerakan Ikhwan Muslimin (IM) yang saya sahut dengan sokongan dari Allah. Dengan sokongan anggota IM, saya berharap untuk mencapai tujuan-tujuan besar yang kami curahkan seluruh tenaga kami, semata-mata kerana Allah.
Ikhwah dan akhawat,
Saya dahulukan ucapan saya dengan memberi penghormatan kepada guru kita, abang, dan ketua kita yang mulia Ustaz Muhammad Mahdi Akef, Mursyid Am IM yang ketujuh, seorang yang tegas, berdedikasi dan bersemangat tinggi yang telah mengetuai perjalanan pergerakan ini di tengah-tengah ribut dan badai dan telah melepasi segala rintangan, yang mana telah menghasilkan model dan contoh yang baik dan unik kepada semua pemimpin dan pegawai tinggi di dalam kerajaan, pertubuhan dan parti, dengan memenuhi janjinya untuk menyerahkan kepimpinan selepas hanya satu penggal.
Tiada kata-kata mampu menggambarkan perasaan kami kepada pemimpin hebat yang juga murabbi kami dan kami hanya boleh mengucapkan ”Semoga Allah membalas jasa anda dengan balasan sebaiknya dan Allah anugerahkan dengan pahala para Siddiqin”.
Kami ucapkan kepada ikhwah dan akhawat yang dikasihi di seluruh dunia, alangkah baiknya sekiranya anda berada bersama-sama kami semasa peristiwa besar ini berlaku, namun ianya tidak berlaku oleh kerana pelbagai sebab yang di luar kawalan kita, namun kami tetap merasakan kehadiran ruh anda yang sedang mengukir senyuman dan getaran yang jujur dan ikhlas.
Kepada mereka yang kami kasihi yang menghuni penjara kezaliman dan penindasan hanya kerana menegaskan bahawa Allah tuhan kami dan kerana mengangkat maruah, kehormatan dan kemajuan negara mereka, kami berikan sanjungan dan hormat kepada mereka di atas kesabaran, ketabahan dan pengorbanan, yang mana kami yakini tidak sia-sia. Kami doakan hati nurani para penzalim dan penindas sekalian akan tersentuh dan anda berpeluang untuk kembali bersama-sama menyokong usaha kita, semoga Allah merahmati dan melindungi anda semua.
Ikhwah dan akhawat,
Sepertimana yang diketahui semua, matlamat utama Ikhwan Muslimun (IM) ialah perubahan yang menyeluruh dan lengkap, yang akan membetulkan segala kerosakan menerusi islah dan perubahan. ”Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki (islah) sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah” (Hud: 88) dan dengan kerjasama semua punca-punca kuasa dan mereka yang mempunyai semangat tinggi yang tulus terhadap agama dan negaranya.
IM percaya Allah telah meletakkan semua asas yang perlu untuk pembangunan dan kebajikan negara dalam ajaran Islam; maka Islam mestilah menjadi sumber rujukan dan titik tolak bagi pembaharuan, yang dimulakan dengan proses tarbiyah dan melatih disiplin individu muslim, diikuti dengan pembentukan keluarga dan masyarakat muslim dengan mengukuhkan mereka, seterusnya dengan membawa keadilan dan berjihad untuk memerdekakan negara dari segala bentuk penguasaan asing atau penjajahan intelektual, spiritual dan kebudayaan serta penjajahan ekonomi, politik dan ketenteraan. Seterusnya membawa negara ke arah kemajuan, kemakmuran dan meletakkan negara di persada dunia.
Dengan kefahaman Islam yang komprehensif ini, IM telah digambarkan sebagai pergerakan dakwah salafi, pengamal sunnah (toriqah sunniyah), hakikat sufi (haqiqah sufiyyah), parti politik (hai’ah siyasiyah), kumpulan sukan (jamaah riyadhiyyah), persatuan kebudayaan dan ilmiyah (rabitah ilmiyyah thaqafiyyah), dan syarikat perekonomian (syirkah iqtisodiyyah) dan idealisma sosial (fikrah ijtima’iyyah), sepertimana yang telah disebut di dalam Al-Quran: ”Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan” (Al-Qasas:77).
IM memahami bahawa Quran dan Sunnah merangkumi semua peraturan, yang digunapakai dalam segenap aspek kehidupan dan ummah ini perlu memilih yang terbaik untuknya berdasarkan peraturan ini, di mana alternatif dan pilihan fikah boleh berubah mengikut adat kebiasaan, masa dan tempat.
Ikhwah dan akhawat,
Walaupun idea, matlamat dan objektif kami adalah jelas, banyak pihak cuba untuk menggambarkan kami dengan gambaran yang lain, meletakkan matlamat dan objektif yang berbeza terhadap kami; oleh kerana itu, kami selalu memperkenalkan kembali diri kami, prinsip dan pendirian kami terhadap isu semasa.
Saya ingin menyatakan kepada mereka yang mendokong kesatuan jamaah, bahawa mereka yang bekerja untuk Tuhan mereka, agama dan negara haruslah bekerja sebagai satu unit, walaupun memiliki perbezaan pandangan. Mereka yang mengatakan bahawa perbezaan pandangan akan menyebabkan perpecahan atau memberi kesan kepada ukhuwwah, sebenarnya tidak benar-benar memahami IM. Anggota IM telah berjanji dengan Allah untuk bekerja keras demi Allah sebagai satu unit seperti sebuah binaan yang tersusun.
IM bergerak berdasarkan peraturan dan disiplin, yang sentiasa diperbaharui dan diperkemas tanpa melanggar prinsip-prinsip yang asas, dan dalam hal ini IM sentiasa menerima nasihat dan pandangan semua pihak kerana mereka mengikut pepatah ”Allah merahmati mereka yang menunjukkan kekurangan kami”.
Ikhwah dan akhawat,
Saya mahu menyorot dan menekankan beberapa perkara berikut:
• Kami adalah satu Jamaah dari umat Islam dan bukan Jamaatul Muslimin, kerana satu kumpulan tidak boleh memonopoli Islam. Dan alhamdulillah, IM sangat popular di semua negara Arab dan negara Islam kerana pendiriannya yang sederhana yang berpaksikan Qur’an dan Sunnah.
• Dakwah dan pergerakan kami adalah bersangkutan dan saling bersandar antara satu sama lain. Pergerakan kami adalah berdasarkan dakwah kami dan motto kami seperti yang telah disebutkan dalam Qur’an: ”Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.” (al-Hasyr: 10)
• Kami percaya dengan proses islah secara berperingkat, yang mana ini boleh dicapai dengan perjuangan yang damai dan mengikut lunas undang-undang berdasarkan pujukan dan dialog dan sekali-kali bukan melalui paksaan. Maka kami menolak keganasan dan segala bentuknya samada di pihak kerajaan mahupun individu, daripada organisasi atau institusi.
• IM percaya bahawa sistem undang-undang perlu memberi ruang kepada kebebasan individu, syura atau demokrasi, mendapatkan kedaulatan kuasa dari suara rakyat, mengenalpasti kuasa dan pemisahan antaranya, kerana inilah sistem yang paling hampir dengan Islam dan IM tidak akan menerima alternatif yang lain. Dengan perspektif ini, mereka mengambil bahagian dalam politik negara dan menuntut perubahan sistem politik melalui jalan yang sedia ada dan aman seperti melalui parlimen dan kerja kemasyarakatan yang mereka anggap sebagai satu kewajipan sepertimana kefahaman mereka terhadap agama mereka dan ketulusan mereka terhadap ummah.
• Berkenaan pendirian kami terhadap rejim Mesir, kami menekankan bahawa IM tidak pernah menjadi musuh kepada rejim, walaupun rejim selalu memberi sekatan ke atas mereka, merampas wang mereka dan sering menangkap pemimpin-pemimpin mereka. Walaubagaimanapun IM tidak pernah sedikitpun mengurangkan usaha menentang dasar-dasar yang mendatangkan kerosakan dari segala sudut dan terus menerus memberi pandangan dan nasihat untuk mengharungi krisis yang berterusan ini, yang disebabkan oleh rejim ini. IM membesarkan anak-anak bangsa dengan memberi nilai akhlak, moral dan sentiasa membantu orang lain, yang mana semuanya memberi manfaat kepada ummah, rakyat dan institusi negara.
• IM menekankan bahawa pendirian mereka terhadap apa jua sistem adalah berdasarkan mendokong yang baik dan menolak yang buruk, maka mereka tidak menolak sesuatu semata-mata kerana tidak sukakannya.
• Kepada saudara Kristian kami di dunia Arab dan dunia Islam, pendirian kami sangat jelas bahawa mereka adalah rakan kongsi dan peserta dalam membina tamadun ummah, rakan sekerja kami dalam mempertahankannya, rakan karib dalam pembangunannya, maka berurusan dan bekerjasama dengan mereka adalah satu kewajipan dalam Islam. ”Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil” (al-Mumtahanah: 8).
• IM percaya bahawa kerakyatan sesuatu negara adalah berdasarkan kerjasama dan kesaksamaan dalam hak dan tanggungjawab, kecuali dalam hal peribadi, yang mana mengikut kepercayaan masing-masing.
• IM menolak dengan keras dan mengutuk segala bentuk keganasan atas dasar agama yang sering terjadi dan menyatakan penolakan terhadap peristiwa yang menyakitkan ini, kerana penganut Kristian dan Muslim adalah satu komuniti dari segi struktur sosial dan budayanya. IM juga menyeru untuk diadakan perbincangan yang telus berkenaan sebab di sebalik ketegangan ini dan mencari penyelesaian untuk menghilangkan sensitiviti keagamaan dan mengembalikan negara menjadi satu unit.
• Berkenaan isu wanita, IM telah dengan jelas selama ini memperjuangkan hak-hak wanita dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. ”Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya” (at-Taubah: 71). Kami menyeru wanita muslim untuk memainkan peranan mereka dan sentiasa mengambil tahu isu semasa kerana ini akan memberi manfaat kepada ummah Islam dan Arab.
• Syura (atau demokrasi) adalah wasilah asas kami, kami bersungguh-sungguh melaksanakannya dan mengukuhkannya. Semua institusi dalam pergerakan ini meletakkan syura dan demokrasi sebagai asasnya, bermula dari majlis di peringkat cawangan sehingga pejabat Maktab Irsyad sendiri. IM menekankan bahawa syura atau demokrasi tidak menghilangkan suara pandangan pihak yang lain, dan mengambil pendapat majoriti sebagai keputusan untuk semua.
• Berkaitan dengan Islam, kerajaan, parti politik, intelektual dan elit budaya, IM percaya bahawa setiap orang harus mengambil bahagian dalam pembangunan dan pembaharuan dan menolak sebarang usaha meminggirkan individu atau persatuan mahupun peranan mereka. Mereka menerima kepelbagaian parti dan kebebasan untuk membentuk sebarang parti tanpa sekatan selagimana ianya masih dalam rangka perlembagaan negara. Mereka percaya dengan peralihan kuasa di antara parti dan kumpulan menerusi pilihanraya yang bebas dan adil kerana negara ini adalah milik bersama dan pembaharuan adalah tanggungjawab setiap individu.
• IM meletakkan isu Palestin sebagai satu keutamaannya dan menganggap isu ini adalah yang terpenting bagi ummah. Kesucian bumi Palestin dan kedudukan Masjid Aqsa di hati kita mengukur tahap kesetiaan kita kepada Islam dan bangsa Arab. IM tidak mengurangkan sedikitpun usaha untuk mengetengahkan isu ini agar ianya menjadi isu utama sistem pemerintahan dan ummah sehingga Palestin merdeka, InsyaAllah.
• IM bersungguh-sungguh menyokong negara Arab dan Islam serta menyokong pendirian mereka yang adil dan isu-isu penting mereka. IM tidak teragak-agak untuk menghulurkan nasihat kepada semua badan dan persatuan Arab atau Islam samada dalam bentuk yang rasmi mahupun secara umum. Mereka juga tidak pernah berhenti berkorban demi Ummah ketika mana diperlukan. Mereka menyeru negara Arab dan Islam untuk bersatu dan bekerjasama menentang projek penjajahan, hegemoni barat dan zionis, sepertimana mereka menyeru untuk kesatuan ummah dan menyelesaikan permasalahan di dalam dan di antara negara Arab dan Islam menerusi dialog dan bukan dengan senjata. Kami mengingatkan saudara kami di Yaman, Sudan, Somalia, Iraq, Lebanon, Afganistan dan Pakistan, bahawa satu-satunya jalan untuk memastikan keselamatan dan keamanan rakyat mereka adalah dengan berdialog dan bersetuju mengenai apakah jalan yang terbaik buat mereka.
• Pendirian kami terhadap sistem global yang dikuasai USA dan barat adalah sangat jelas. Kami tidak bermusuh dengan negara-negara barat, tetapi kami menentang sistem ini kerana ia menuntut demokrasi dan kebebasan untuk rakyatnya manakala menafikannya buat kami. Negara-negara barat menggunakan kekuatan ekonomi untuk mempengaruhi dan mengawal negara kami. Negara Zionis menuntut penghapusan dan penggantian nilai, budaya dan identiti Islam dengan nilai barat, yang mana akan merosakkan iman dan akhlak di negara kami. Kami menyeru ummah untuk bersatu menghadapi Zionis dan projek barat dan mengatasi segala perbezaan ideologi, menghentikan perkauman, dan menolak segala bentuk serangan atau penjajahan terhadap negara Arab atau Islam.
• Kami menuntut sistem global ini diubah menjadi adil dan benar dan terus bekerja ke arah keamanan dan kerjasama di antara bangsa-bangsa dunia dan menyebarkan nilai kebebasan dan keadilan di seluruh dunia. Seperti mana disebut di dalam hadis: ”Setiap kamu adalah anak cucu Nabi Adam, dan Adam dicipta dari tanah” (Hadis riwayat Al-Bazzar). Juga firman Allah: ”Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)” (al-Hujurat: 13). Juga hadis: ”Kaum Arab tidaklah lebih mulia dari yang lain dan begitu juga sebaliknya, orang yang berkulit hitam tidaklah lebih mulia dari yang berkulit putih dan begitu juga sebaliknya, kecuali dalam ketaqwaan” (Hadis riwayat At-Tabarani).
Ikhwah dan akhawat,
Kita melihat masa depan dengan penuh harapan dan keprihatinan.
Harapan adalah slogan hidup mukmin yang benar. Dan ia merupakan bekalan di perjalanan yang panjang, maka kita terus beramal dengan segenap harapan. Kasih sayang dan ukhuwwah merupakan wasilah ikhwan menghadapi kesusahan. Sesungguhnya berputus asa bukanlah sifat mukmin dan berdiam diri bukanlah kualiti seorang mujahid. Keprihatinan kami adalah sama seperti rakyat Mesir, bangsa Arab dan muslim; umat manusia keseluruhannya juga berkongsi keprihatinan yang sama tentang masa depan dunia, yang diancam konflik, wabak dan penyakit, dan para saintis merasa kasihan terhadap dunia kerana pemanasan global, kemarau dan penggurunan. Keprihatinan kami juga terhadap masa depan dunia yang ditadbir dengan polisi kuasa besar yang ingin memimpin dunia secara unilateral selama dua dekad, di mana mereka menyangka mampu mengawal dunia. Namun, mereka dikejutkan dengan darah yang mengalir dan jasad yang bergelimpangan di sebahagian dunia Islam termasuk Afganistan, Iraq, Sudan, Somalia, Lebanon dan Palestin di tambah dengan krisis ekonomi yang tidak putus-putus serta manusia yang hidup dalam kerisauan dan rasa cemas terhadap masa depan mereka dan anak-anak mereka.
Ikhwah dan akhawat,
Rakyat Mesir, bangsa Arab, Muslim dan manusia sejagat meletakkan harapan yang sangat besar kepada anda, anda –dengan izin Allah- mampu untuk menggalas tanggungjawab ini; sejarah telah membuktikan berulang kali tentang kesabaran, ketabahan, ketetapan pendirian dan keberhasilan anda walaupun banyak khabar angin yang tersebar tentang anda.
Tawarkan kepada dunia; Islam yang sebenar, Islam yang membawa toleransi dan kesederhanaan, Islam yang menghormati kepelbagaian beragama, Islam yang menggalakkan saling mengenali dan bekerjasama untuk kebaikan manusia.
Laluilah semua jalan dan gunakan semua wasilah untuk menyampaikan dakwah Islam kepada manusia dan bersungguh-sungguhlah; ”Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujah-hujah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh” (al-Furqan: 52).
Tetaplah berjihad dengan pernyataan-pernyataan, penulisan, pidato, lagu, filem dan drama, dan semua jenis seni yang terarah dan cara yang suci agar kebenaran Islam terserlah dan menolak segala bentuk syubhat. Slogan kita terdapat dalam ayat suci: ”Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk” (an-Nahl: 125). Dan firman Allah lagi: ”Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.” (al-Ankabut: 46)
Didiklah diri anda dengan nilai dan etika yang murni, jadilah contoh buat masyarakat. Pimpinlah mereka ke jalan Allah dengan menjadi contoh yang baik dan dengan akhlak yang mantap. bekerjasamalah dengan semua pihak dalam membentuk peribadi dan menanam akhlak yang mulia.
Bekerjasamalah dengan mereka yang bekerja untuk kebaikan dan taqwa, bahkan bantulah sesiapa sahaja yang membawa kebenaran, mempertahankan iman dan memerangi kekafiran dan atheisme.
Perbetulkan dirimu dan rumahtanggamu, bersegeralah membuat kebaikan untuk membaiki masyarakat. Perhatikan nasib mereka yang ditindas di merata-rata tempat dan kembalikan hak mereka.
Kembalilah kepada Qur’an yang mulia dan Sunnah Rasulullah yang dijunjung, sirah kehidupan Rasulullah dan dan kehidupan manusia-manusia agung yang lain. Pelajari ia dan dapatkan pengajaran darinya dan perbaiki perjalanan kehidupanmu sentiasa dan sedarlah bahawa Allah sentiasa memerhatikan amalmu dan bukan pada zahirmu. Pertolongan Allah sentiasa menanti, dan ianya amat dekat; ”Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.” (ar-Rum: 5)
”Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” (at-Taubah: 105)
Dr. Mohammed Badee’,
ISMA bantah kenyataan Jeff Ooi
7 Ogos 2009
YAB TUAN LIM GUAN ENG,
KETUA MENTERI PULAU PINANG
Tingkat 28, Bangunan KOMTAR,
10503 Pulau Pinang
YAB Tuan,
BANTAHAN TERHADAP KENYATAAN YB EXCO JEFF OOI
Kami merujuk kepada perkara di atas dan kenyataan YB Jeff Ooi terhadap tindakannya mengaitkan pelaksanaan syariah dan Negara Islam sebagai sebuah perbuatan yang ekstremis.
Bagi pihak Pertubuhan, kami amat memandang berat terhadap kenyataan ini dan melihat ia sebagai satu kenyataan yang amat tidak wajar dari seorang Exco kerajaan negeri. Selaku sebuah NGO yang memperjuangkan kemuliaan agama Islam, kami menganggap tindakan Exco berkenaan sudah keterlaluan dan ini akan menjejaskan keharmonian hubungan kaum di negara ini. Kami dengan ini membantah dengan sekeras-kerasnya kenyataan Exco berkenaan dan menuntut YAB Tuan mengambil tindakan yang tegas terhadap beliau.
Selaku seorang yang berpengalaman dan berwibawa, kami yakin YAB Tuan Guan Eng dapat melihat isu ini dari perspektif kepentingan masyarakat seluruhnya bukan pertimbangan politik semata. Keharmonian hubungan kaum mesti dijaga dengan menghormati pelaksanaan agama setiap bangsa di negara ini. Perjuangan demokrasi tidak seharusnya menggadaikan nilai-nilai murni antara kaum. Kami bimbang jika tidak ada tindakan yang sewajarnya diambil maka tindakan-tindakan negatif yang boleh mencemarkan perpaduan kaum mungkin akan diambil oleh pihak-pihak yang ingin melepaskan perasaan mereka. Oleh itu kami menggesa supaya YAB Tuan dapat menjaga nilai-nilai mulia setiap agama ini dan memastikan perpaduan kaum dapat dicapai dengan sebaiknya.
Sekian, terima kasih.
AL-FADHIL USTAZ ABDULLAH ZAIK ABDUL RAHMAN
PRESIDEN
IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)
Wanita dan Dakwah
Allahhuakbar baju 2 bakul tak berlipat lagi, kerja rumah Along dan Angah tak tengok lagi, baju suamiku tak bergosok lagi, minggu depan ada kursus 4 hari. Nak guna maid takut dia pula yang tarbiyah anak-anak…Kalau dapat yang bagus Alhamdulillah…….Begitulah rungutan sesetengah wanita dengan kerja-kerja rumah dan tanggungjawab karier yang dipikul. Walau serumit dan seberat mana tanggungjawab seorang wanita dia tidak boleh lari dari tanggungjawab dakwah yang difahaminya. Lihat bagaimana Asma’ berusaha kuat menghantar bekalan kepada Rasullullah dan ayahnya walaupun menghadapi ancaman dari musuh dan alam yang menguji kekuatan tenaga wanitanya untuk melihat kesinambungan dakwah Islam. Kita bagaimana?????
Pernah ana memberitahu naqibah perihal masalah silih berganti menghantui diri membuatkan susahnya hendak bergelumang dengan dakwah. Lalu apa katanya……”Bumi ini bulat bagaimana kita lari dengan masalah pun kita akan berdepan dengan masalah itu juga”. Kata-kata ini membuatkan ana terhenyak seketika dan berfikir………
Oleh itu, bagaimana pun permasalahan dan kerumitan yang kita hadapi dakwah tetap menjadi kewajipan kita. Setiap ada hak tentu harus ada kewajipan. Maka Islam menetapkan kewajipan kepada seorang wanita sebagaimana laki-laki. Islam mewajibkan kepadanya untuk berdakwah di jalan Allah sebagaimana halnya kaum laki-laki. Wanita dituntut untuk berdakwah di jalan Allah dengan aturan-aturan berikut :
1) Melakukan tugas dakwah Illallah( menyeru kepada manusia) yang dibawa Rasullullah dengan hikmah dan mau’izhah hasanah (nasihat yang baik) berdebat dengan cara yang baik, sabar dalam menghadapi kesulitan dakwah dan tidak pernah berputus asa walaupun dicerca dan ditentang oleh orang yang didakwahi.
2) Melakukan amar ma’ruf nahi mungkar sesuai dengan kemampuan dan kondisi dirinya serta dalam kerangka aturan yang ditetapkan Allah. Ringkasnya hendaklah perbuatan amar ma’rufnya tidak menjurus kepada perbuatan mungkar demikian pula nahi mungkarnya tidak menjurus kepada kemungkaran lebih besar.
3) Berjihad di jalan Allah sesuai dengan kesanggupannya melalui berbagai macam jihad. Baik dengan kata-kata yang baik dan dialog/komunikasi yang terarah. Berjihad dalam setiap bidang kerja yang digelutinya seperti sekolah, masjid, kerabatnya, sahabat dan jiran tetangganya.serta berjihad di medan perang ketika peperangan sedang berkecamuk antara Muslimin dan musuhnya. Bila jihad itu hukumnya fardhu kifayah, maka ia harus meminta izin kepada suaminya atau walinya agar dia dapat mempersiapkan diri semaksimum mungkin ikut serta dalam pertempuran itu. Sebaliknya jika jihad itu hukumnya fardhu ain maka ia boleh keluar berjihad tanpa izin suami atau walinya.
Subhanallah besarnya peranan wanita dalam dakwah hingga disebut dan diperincikan dalam peperangan. Apa lagi wanita muslimah tugas kita lebih banyak dari masa yang ada. Bekerja keraslah demi melihat Islam tertegak hingga tiada fitnah lagi dan anak-anak kita juga berada dalam saf dakwah yang mulia ini. Anak-anak mempunyai hak untuk mendapat pendidikan dan pembinaan akhlak sempurna. Itu hak mereka wahai wanita Muslimah. Jika tidak sempurna maka kenalah kita menjawab dihadapan Allah nanti. Antum bersedia???? 3 faktor yang memainkan peranan dalam pembentukan peribadi anak adalah institusi rumah,bi’ah yang soleh dan contoh teladan yang baik. Kita tidak boleh lari dari bi’ah yang tidak baik kerana anak-anak akan keluar bercampur dengan masyarakat. Oleh itu, tanggungjawab kita mengisi masa anak-anak dengan aktiviti berfaedah supaya kita tidak melihat hanya komputer dan televisyen menjadi sahabat mereka. Dekat mana kita nak cari sahabat baik untuk mereka supaya menjadi bi’ah yang baik untuk perkembangan mereka dan qudwah mereka???? Rasa-rasanya??? Asas pendidikan yang mantap dan baik penting seiring dengan pertumbuhan anak-anak. Betul tak??? Kenapa pula ana tiba-tiba melencong membincangkan bab tarbiyah anak-anak ye (tarbiyatul aulad)???? Antum fikir ???? Sebab aktiviti NAZIM tak bergerak lagi. Kesian anak-anak kita tertunggu-tunggu aktiviti untuk mereka…. Apa lagi marilah sama-sama kita gembleng tenaga.
”Ya ALLAH satukanlah hati-hati kami supaya kami dapat bersatu berusaha menegakkan Din MU. Ya ALLAH permudahkanlah.”
Sumber:
1) Dr. Ali Abd Halim Mahmud: Fiqh Dakwah Muslimah
Nukilan: Ummumujahidah79
KHAZANAH ILMU (Siri 2)- UKHWAH FILLAH-PANDUAN BUAT PARA DUAT
Oleh : Ustaz Shahrul Ikhwan Shamsudin
B.A ( Hons )Universiti Al-Azhar,Mesir
AJK Kelab Remaja ISMA ( KRIM ) Pulau Pinang
Definisi Ukhuwah Dari segi bahasa : berasal dari perkataan akhun yang membawa erti saudara,teman,sahabat dan lain-lain lagi.
Dari segi istilah : Menurut Al-Quran : Perasaan kasih sayang,tolong menolong,Bantu membantu, bertolak ansur bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali, Allah berfirman “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)Menurut hadis : Seperti tubuh badan ,darah daging, dan roh umat Islam sendiri .
Rasulullah s.a.w bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan uang satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.”
Menurut As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah.Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan beharga persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.Kekuatan yangnpertama adalah kekuatan perpaduan.Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang.Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.
Menurut Imam Ghazali : Ada 4 kategori : (more…)
KHAZANAH ILMU ( SIRI 1 )
TAJUK: RASULULLAH SAW TELADAN YANG MULIA
Setiap manusia memerlukan seseorang yang boleh dijadikan sebagai ikutan dan contoh teladan dalam hidup. Bagi ahli perniagaan, mereka menjadikan ahli korporat yang berjaya sebagai role-model dan begitu juga bagi ahli politik yang mengambil tokoh pemimpin terdahulu sebagai individu yang ingin diikuti. Tetapi, apa yang menyedihkan ialah terdapat juga remaja pada hari ini yang mengambil artis sebagai role-model dan ini dapat dilihat daripada aspek pemakaian, fesyen rambut dan pergaulan mereka. Namun, sebagai seorang muslim, seharusnya Nabi Muhammad SAW adalah individu yang perlu dijadikan contoh teladan dan ikutan sepanjang masa. Baginda adalah seorang nabi untuk seluruh umat, seorang bapa, seorang datuk, seorang suami dan individu seperti kita semua. Tetapi peribadi baginda yang agung wajar dijadikan ikutan oleh setiap manusia.
BAHAN:
1) Pendahuluan
Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murra bin Kaab bin Luay bin Ghaleb bin Fihr bin Malik bin Nadhir bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrika bin Nabi Ilyas AS bin Mudor bin Nizar bin Maad bin Adnan bin Nabi Ismail AS bin Nabi Ibrahim AS. Dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal bersamaan 20 April 571M dan wafat pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun ke 11 hijrah ketika usia baginda 63 tahun. Baginda dibela oleh datuknya setelah kematian ayahanda dan bondanya. Selepas kematian datuknya, baginda dibela pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Baginda telah berkahwin dengan Khadijah ketika berumur 25 tahun. Baginda mula menerima wahyu pada usia 40 tahun semasa memencil diri di Gua Hira’. Setelah itu, bermulalah dakwah baginda kepada seluruh masyarakat Arab sehinggalah baginda wafat.
2) Keutamaan dan Kelebihan Rasulullah SAW.
Nabi Muhammad SAW memiliki beberapa kelebihan dan ciri-ciri khusus yang tidak dimiliki oleh rasul-rasul yang lain. Antaranya ialah : (more…)
GEJALA ROGOL DAN PENYELESAIANNYA MENURUT PANDANGAN PROF DARI UM ?????
Tahun 2004, saya terpilih menyertai penal discussion bersama 15 orang professor UM dalam berbagai bidang selama 2 hari di Port Dickson isunya berbunyi : Gejala rogol dan penyelesaiannya. Saya nak qoute beberapa insiden dlm perbincangan tersebut muga2 ia menjadi sedikit pedoman arah tuju kita.
Dlm membicarakan bagaimana menangani gejala rogol, seorang senior lecturer (muslim) mencadangkan supaya kita hidupkan budaya pergaulan antara lelaki dan perempuan kerana selalunya rogol ini berlaku bila tiada pergaulan rapat!! Saya menentang idea tersebut kerana bagi saya itu adalah muqaddimah zina., jangan kita nak elak rogol tapi kita galakkan budaya mungkar lain.
Bangun seorang professor (muslim) mencadangkan supaya perempuan yang pergi couple bawa penyembur spt Redsect, shelltox dsbnya. katanya bila si lelaki nak selak kain ke(kecenderungan nak merogol), sembur redsect tadi!!
Betul2 memalukan anugerah professor yang ada padanya, berfikir lebih kecil dari otak seekor nyamuk. Saya bangkang idea tersebut, saya kata idea tong sampah,
Saya tanya semua ahli panel, siapa di kalangan ahli panel yang muslim (ada juga penalis bukan muslim) yang berani mencabar hukum tuhan yang menegah lelaki perempuan bukan muhrim duduk berduan2… tahu apa respon? VC ketika itu (muslim) berkata kpada saya: you idea is very extreme!!! (pandangan yang amat fanatik dan melampau) Seorang Professor (muslim)bangun mencadangkan supaya cadangan saya itu ditolak dan ditukar ke agenda lain. seorang senior lecturer (muslim) pula menyokong kerana katanya dlm konteks UM yang ada berbagai bangsa, idea menghalang coupling ini tidak praktikal.. dan menambah lihat bangsa lain (china dan india) kurang rogol katanya (wpun beliau lupa mereka tu tak payah rogol kerana dah duduk serumah dan amalkan seks sebelum nikah).
Mujurlah seorang Professor dari Perubatan, Prof Hussain Habil (saiketrik) bangun membantah dan meminta perkara tersebut tidak dibuang dari perbincangan, malah dijadikan cadangan resolusi.
Pada sebelah petang hari yg sama, Prof Madya Dr Raihanah Abdullah bentang tentang hukum zina dan menyebut secara spesifik larangan Allah entantg berdua- duaan melalui hadith Nabi saw. Tuhan maha kaya. Puak2 tadi tu tidak pula regret akan apa yng mereka kata di sebelah pagi, malah cool sahaja.
Konklusi: Iingat apa agaknnya resolusi dari perbincangan tersebut? Resolusi dihantar kepada Menteri Wanita, Shahrizat, tidak menyebutkan langsung paper Raihanah, tidak juga pandangan saya , tidak juga pandangan Prof Hussain. Yang mereka cadang antaranya ialah tempoh penjara maksimum 20 tahun tidak cukup, sebatan tidak berkesan. dicadangkan tambah tampoh penjara (supaya perogol lebih lama makan nasi free dalm penjara!!, kemudian keluar merogol semula).
.
Tulisan :
Sahabat Seislammu , Kuala Lumpur
Tips Mengelakkan Kejadian Rogol Terhadap Kanak-Kanak
TIPS’ UNTUK ELAK KEJADIAN ROGOL :
-
Anak2 kecil mesti sentiasa dibawah pengawasan ibu-bapa, guru-guru atau penjaga yang dipercayai. Kanak-kanak juga boleh dirogol oleh penjaga atau keluarga penjaga/pengasuh, oleh itu sentiasa ada rasa ‘cemburu’ dan berhati- hati.
-
Latih anak-anak untuk menjauhi orang yang tidak dikenali, kalau perlu ingatkan setiap hari iaitu semasa meninggalkan anak-anak dirumah atau Tadika / Sekolah.
-
Ingatkan pada anak-anak anggota tubuh badannya yang tidak patut disentuh oleh sesiapa pun kecuali oleh ibubapa atau pengasuh semasa mandi atau masa buang air.
-
Galakkan anak2 untuk bercakap atau bercerita apa yang berlaku sepanjang peninggalan ibu bapa supaya dengan ini dia akan memaklumkan perkara2 yang mungkin tidak difahaminya yang berlaku keatasnya.
-
Bertindak awal jika telah ada tanda-tanda maruah anak2 cuba dicerobohi. Jangan pandang remeh tanda2 ini takut nanti kita menyesal.
-
Seboleh2nya jangan benarkan anak2 tidor dirumah orang lain kecuali sangat perlu dan keluarga tersebut dikenali sebagai keluarga yang amanah dan berhemah.
-
Latih anak2 untuk menjerit minta tolong atau sebut ”API-API” jika ada gangguan atau pencerobohan terhadap dirinya. Kajian mendapati jeritan ’API” lebih diberi perhatian oleh orang ramai dari jeritan minta tolong.
-
Keluarga terdekat juga boleh menceroboh maruah anak2, jadi ibu-ibu perlu maklumkan pada anak2 juga tentang perkara tersebut.
-
Sentiasa berhubung dengan guru-guru, penjaga atau pengasuh tentang isu-isu keselamatan anak2
- Pastikan kita berdoa dan ajar anak2 berdoa mohon keselamatan serta perlindungan Tuhan semasa melangkah keluar rumah, contoh: ”Bismillahitawakkaltu ’alAllah”
Disediakan oleh DEWAN MUSLIMAT PAS TITIWANGSA
dan LAJNAH KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN PAS PUSAT
Formula Mendapat Keampunan Allah Di Fasa Pertengahan Ramadhan
Para Hadirin,pelajar yang dirahmati Allah..
-
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
úïÏ%©!$#ur #sÎ) (#qè=yèsù ºpt±Ås»sù ÷rr& (#þqßJn=sß öNæh|¡àÿRr& (#rãx.s ©!$# (#rãxÿøótGó$$sù öNÎgÎ/qçRäÏ9 `tBur ãÏÿøót UqçR%!$# wÎ) ª!$# öNs9ur (#rÅÇã 4n?tã $tB (#qè=yèsù öNèdur cqßJn=ôèt ÇÊÌÎÈ
-
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
-
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal – [Ali Imran - 133-135]
Kini, kita telah pun berada dipertengahan Ramadhan.. [Bulan yg pada awalnya RAHMAT.. pertengahannya KEAMPUNAN.. dan akhirnya PEMBEBASAN DARI NERAKA] – Betapa besarnya kurniaan Allah kepada kita dengan peluang ini.
Bersamalah kita ikhwah/at berusaha membersihkan diri kita dari sebarang kotoran dosa yang sememangnya banyak melekat pada diri kita, hari-hari yang dipenuhi RAHMAT telahpun berlalu.. Janganlah pula kita menjadi golongan yang binasa kerana terlepas daripada peluang mendapat pengampunan Allah ini.. [Binasa dan rugilah.. mereka yang sempat dengan Ramadhan.. tetapi tidak mendapat pengampunan Allah]
Formula mendapat keampunan Allah..
1. Menghidupkan Ramadhan dengan keimanan & pengharapan
[Siapa yang menghidupkan (memenuhkannya dengan amal) Ramadhan, dengan penuh keimanan serta pengharapan (kepada keredhaan Allah).. Maka diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu]
-
Perbaikilah kualiti puasa kita
-
Banyakkan tilawah & tadabbur al Quran
-
Banyakkan bersedekah
-
Pastikan malam Ramadhan kita tidak berlalu tanpa Qiamullail
2. Mengampunkan segala kesalahan orang lain kepada kita
[..berikanlah keampunan.. kemaafan.. Tidakkah kamu suka agar Allah mengampunkan kamu ? Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi memberi rahmat]
-
Ampunkanlah segala dosa & kesalahan ikhwh/at kepada anda
-
Maafkanlah segala dosa ahli keluarga & saudara mara anda
-
Sejukkanlah hati anda dengan mengampunkan dosa manusia, nescaya Allah akan menyejukkan hati anda dengan kempunanNya
3. Sedekah boleh membawa pengampunan
[Dan jika kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik, nescaya Allah akan menggandakan balasanNya serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat)]
-
Pastikan ikhwah/at ada bersedekah w`pun sedikit pada setiap hari Ramadhan
-
Jgn lupa bantuan kita untuk saudara kita di Palestin..
4. Istighfar pada waktu sahur
Banyakkanlah istighfar ikhwah/at pada bulan ini.. [Sesungguhnya hait-haii manusia itu berkarat ibarat tembaga, dan pengilatnya adalah Istighfar].
Terutama pada waktu-waktu sahur (2/3 malam). Terdapat dua kali di dalam al Quran, Allah memuji mereka yang beristighfar pada waktu sahur.. al Zariyat, ayat 18 dan juga Ali Imran, ayat 17.
Í$ptôF{$$Î/ur öLèe tbrãÏÿøótGó¡o ÇÊÑÈ tûïÎÉ9»¢Á9$# úüÏ%Ï»¢Á9$#ur úüÏFÏZ»s)ø9$#ur úüÉ)ÏÿYßJø9$#ur úïÌÏÿøótGó¡ßJø9$#ur Í$ysóF{$$Î/ ÇÊÐÈ
-
Ambillah peluang bangun bersahur untuk membangunkan malam kita
-
Jangan lupa membaca doa rabithah dan doakan semua ikhwah/at kita di seluruh dunia, juga buat semua pejuang-pejuang di jalan Allah & seluruh muslimin…
Amin..ya Rabbal `alamin.. Wallahua`lam. .
Siri Semarak Ramadhan 7
AMALKAN 6 ADAB PUASA
MENJAMIN HIKMAH DAN RAHSIANYA
_____________________________________________________________________________________________________________
Hikmah dan rahsianya berpuasa tidak akan diperolehi sekiranya tidak dipelihara adab-adab puasa dengan sebaik-baiknya. Maka adab-adab puasa itu antaranya ialah: (more…)
Siri Semarak Ramadhan 6
AMALAN
RASULULLAH S.A.W.
SEPANJANG BULAN RAMADHAN
—————————-————————————————————–
Sudah barang tentu kita ingin berpuasa dengan cara yang diamalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. agar puasa kita menjadi puasa yang diterima dan berkualiti. Dalam hal puasa ada beberapa perkara yang menjadi sunnah berpuasa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. diantaranya: (more…)
Siri Semarak Ramadhan 5
TAZKIRAH RAMADHAN
DARI HATI KE HATI …
____________________________________________________________________________
Assalamualaikum w.b.t.
SIDANG MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIKASIHI DAN DIRAHMATI ALLAH;
Terlebih dahulu saya ingin berpesan dan mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan tahun ini memberi keberkatan kepada kita semua. Marilah kita bersama bersyukur dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. kerana dengan izinNya kita dapat sekali lagi menyambut ketibaan Ramadhan yang telah berapa hari ini, iaitu pada awalnya Rahmat, pertengahannya keampunan dan pada akhirnya merdeka atau bebas dari api neraka. (more…)
Siri Semarak Ramadhan 4
TARBIYYAH RAMADHAN
MENYEMAI SEMANGAT PERJUANGAN
Seperkara yang jarang disentuh mengenai puasa Ramadan ialah kegigihan perjuangan umat Islam pada zaman Rasulullah saw menegakkan panji-panji Islam di muka bumi ini. Pejuang Islam zaman itu tidak pernah memanjakan diri walaupun terpaksa berlapar dan dahaga sepanjang Ramadan.Satu contoh terbaik mengenai hal ini ialah kekentalan semangat pejuang Islam menentang musuh dalam Perang Badar yang berlaku pada Ramadan. Menurut riwayat, dalam peperangan itu, tentera Islam yang seramai 314 orang terpaksa menghadapi musuh Islam ialah musyrikin Quraisy yang ramai bilangannya iaitu kira-kira 1000 orang.Bagaimanapun, apa yang mengejutkan ialah tentera Islam yang sedikit itu berjaya mengalahkan musuh Islam yang lebih ramai.Apakah rahsia di sebalik kemenangan tentera Islam itu? (more…)
Siri Semarak Ramadhan 3
SATU RENUNGAN DAN PENGHAYATAN:
KHUTBAH RAMADHAN
BAGINDA RASULULLAH S.A.W
Wahai manusia! Sungguhnya telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkat rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari yang paling utama. Jam demi jam – jam yang paling utama. Malam–malamnya adalah malam yang paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan.
Dibulan ini
1. Nafas-nafasmu menjadi tasbih,
2. Tidurmu ibadah,
3.. Amal-amalmu diterima
4. Doa-doamu diijabkan. Bermohonlah kepada Allah rabbmu dengan niat yang tulus, hati yang suci agar Allah membimbingnya untuk melakukan siyyam (puasa) dan membaca kitabNya. (more…)
Siri Semarak Ramadhan 2
MADRASAH RAMADHAN
SATU MOTIVASI JATIDIRI
_________________________________________________________________________________
Secara disedari atau tidak, sedang kita berjalan melayari kehidupan di dunia ini, kita sudah hampir ke kebun Ramadhan. Sebagai Muslim yang memahami kelebihan dan fadhilat Ramadhan, bukanlah keterlaluan perbandingan itu dikemukakan. Setahun kita bekerja dan mengembara dalam kehidupan yang penuh cabaran bagaikan musafir yang mengharungi padang pasir dengan penuh keletihan. Sebagai musafir yang waras, pasti hatinya amat riang melihatkan di hadapannya pelbagai aneka buah-buahan dan bunga-bungaan dalam kebun Ramadhan. Seluruh tenaga, keimanan, semangat, azam, tekad, perjuangan dan motivasi akan pulih dengan serta–merta daripada keletihan atau malas sebelum ini. (more…)
Turki -Penjelasan Beberapa Kefahaman
ISU TURKI - PENJELASAN BEBERAPA KEFAHAMAN
satu artikel yang ditulis oleh Ust Jumaat Amin Abdul Aziz, ulama Mesir
dan Anggota Maktab Irshad Ikhwan Muslimin


Komentar