ISMA Pulau Pinang

Palestin : Perjuangan Yang Belum Selesai

Posted by: ustazrahim on: July 15, 2009

Publication3

Wanita dan Dakwah

Posted by: ustazrahim on: July 13, 2009

Allahhuakbar baju 2 bakul tak berlipat lagi, kerja rumah Along dan Angah tak tengok lagi, baju suamiku tak bergosok lagi, minggu depan ada kursus 4 hari. Nak guna maid takut dia pula yang tarbiyah anak-anak…Kalau dapat yang bagus Alhamdulillah…….Begitulah rungutan sesetengah wanita dengan kerja-kerja rumah dan tanggungjawab karier yang dipikul. Walau serumit dan seberat mana tanggungjawab seorang wanita dia tidak boleh lari dari tanggungjawab dakwah yang difahaminya. Lihat bagaimana Asma’ berusaha kuat menghantar bekalan kepada Rasullullah dan ayahnya walaupun menghadapi ancaman dari musuh dan alam yang menguji kekuatan tenaga wanitanya untuk melihat kesinambungan dakwah Islam. Kita bagaimana?????

Pernah ana memberitahu naqibah perihal masalah silih berganti menghantui diri membuatkan susahnya hendak bergelumang dengan dakwah. Lalu apa katanya……”Bumi ini bulat bagaimana kita lari dengan masalah pun kita akan berdepan dengan masalah itu juga”. Kata-kata ini membuatkan ana terhenyak seketika dan berfikir………

Oleh itu, bagaimana pun permasalahan dan kerumitan yang kita hadapi dakwah tetap menjadi kewajipan kita. Setiap ada hak tentu harus ada kewajipan. Maka Islam menetapkan kewajipan kepada seorang wanita sebagaimana laki-laki. Islam mewajibkan kepadanya untuk berdakwah di jalan Allah sebagaimana halnya kaum laki-laki. Wanita dituntut untuk berdakwah di jalan Allah dengan aturan-aturan berikut :
1) Melakukan tugas dakwah Illallah( menyeru kepada manusia) yang dibawa Rasullullah dengan hikmah dan mau’izhah hasanah (nasihat yang baik) berdebat dengan cara yang baik, sabar dalam menghadapi kesulitan dakwah dan tidak pernah berputus asa walaupun dicerca dan ditentang oleh orang yang didakwahi.

2) Melakukan amar ma’ruf nahi mungkar sesuai dengan kemampuan dan kondisi dirinya serta dalam kerangka aturan yang ditetapkan Allah. Ringkasnya hendaklah perbuatan amar ma’rufnya tidak menjurus kepada perbuatan mungkar demikian pula nahi mungkarnya tidak menjurus kepada kemungkaran lebih besar.

3) Berjihad di jalan Allah sesuai dengan kesanggupannya melalui berbagai macam jihad. Baik dengan kata-kata yang baik dan dialog/komunikasi yang terarah. Berjihad dalam setiap bidang kerja yang digelutinya seperti sekolah, masjid, kerabatnya, sahabat dan jiran tetangganya.serta berjihad di medan perang ketika peperangan sedang berkecamuk antara Muslimin dan musuhnya. Bila jihad itu hukumnya fardhu kifayah, maka ia harus meminta izin kepada suaminya atau walinya agar dia dapat mempersiapkan diri semaksimum mungkin ikut serta dalam pertempuran itu. Sebaliknya jika jihad itu hukumnya fardhu ain maka ia boleh keluar berjihad tanpa izin suami atau walinya.

Subhanallah besarnya peranan wanita dalam dakwah hingga disebut dan diperincikan dalam peperangan. Apa lagi wanita muslimah tugas kita lebih banyak dari masa yang ada. Bekerja keraslah demi melihat Islam tertegak hingga tiada fitnah lagi dan anak-anak kita juga berada dalam saf dakwah yang mulia ini. Anak-anak mempunyai hak untuk mendapat pendidikan dan pembinaan akhlak sempurna. Itu hak mereka wahai wanita Muslimah. Jika tidak sempurna maka kenalah kita menjawab dihadapan Allah nanti. Antum bersedia???? 3 faktor yang memainkan peranan dalam pembentukan peribadi anak adalah institusi rumah,bi’ah yang soleh dan contoh teladan yang baik. Kita tidak boleh lari dari bi’ah yang tidak baik kerana anak-anak akan keluar bercampur dengan masyarakat. Oleh itu, tanggungjawab kita mengisi masa anak-anak dengan aktiviti berfaedah supaya kita tidak melihat hanya komputer dan televisyen menjadi sahabat mereka. Dekat mana kita nak cari sahabat baik untuk mereka supaya menjadi bi’ah yang baik untuk perkembangan mereka dan qudwah mereka???? Rasa-rasanya??? Asas pendidikan yang mantap dan baik penting seiring dengan pertumbuhan anak-anak. Betul tak??? Kenapa pula ana tiba-tiba melencong membincangkan bab tarbiyah anak-anak ye (tarbiyatul aulad)???? Antum fikir ???? Sebab aktiviti NAZIM tak bergerak lagi. Kesian anak-anak kita tertunggu-tunggu aktiviti untuk mereka…. Apa lagi marilah sama-sama kita gembleng tenaga.
”Ya ALLAH satukanlah hati-hati kami supaya kami dapat bersatu berusaha menegakkan Din MU. Ya ALLAH permudahkanlah.”

Sumber:
1) Dr. Ali Abd Halim Mahmud: Fiqh Dakwah Muslimah

Nukilan: Ummumujahidah79

Rehlah PEMBINA P. Pinang

Posted by: ustazrahim on: June 30, 2009

Pada bulan yang lepas, PEMBINA Pulau Pinang telah mengambil inisiatif untuk mengadakan rehlah di kalangan tenaga penggerak di IPT sekitar Pulau Pinang. Objektif utama diadakan rehlah ini adalah untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ikhwah penggerak dalam menjalankan aktiviti-aktiviti PEMBINA di Pulau Pinang. Rehlah yang diadakan di Hutan Lipur Sungai Sedim ini telah disertai oleh lebih kurang 10 orang peserta. Bermula dari pukul 10.30 pagi hingga 2.30 petang. aktiviti-aktiviti yang  dijalankan agak simple. Antaranya ialah sesi taaruf, barbeque, mandi manda, solat berjemaah serta tazkirah ringkas. Tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Faizal berkisar tentang pemuda muslim. Walaupun rehlah yang dijalankan ini agak santai dan relaks, tetapi ia sedikit sebanyak telah mengukuhkan ikatan ukhuwwah di kalangan ikhwah dalam merancakkan amal PEMBINA di Pulau Pinang.

P5230131P5230130

P5230135P5230139

Diskusi Remaja Berjaya Kumpul Remaja

Posted by: ustazrahim on: June 30, 2009

Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Pulau Pinang telah berjaya mengadakan program ‘Diskusi Remaja’ pada 21 Jun 2009 bertempat di dewan Pejabat Urusan STAIL-SMART, Bandar Putra Bertam, Kepala Batas. Program pada kali ini telah menjemput Ustaz Haji Ahmad Fathur Rahman b Haji Haroon memberi ceramah. Beliau telah memberikan ceramah yang bertajuk ’Siapa Kita? Ke Mana Kita?’. Beliau telah menyampaikan ceramah tersebut dengan begitu baik sekali diiringi dengan tayangan multimedia yang menarik minat peserta mengikutinya sehingga tamat.

Jumlah peserta yang hadir pada kali ini berjumlah 76 orang. Mereka datang daripada pelbagai sekolah sekitar kawasan Seberang Perai Utara (SPU). Antara objektif penganjuran ’Diskusi Remaja’ ini adalah untuk mengumpul para remaja muslim dan memberi kesedaran Islam ke dalam hati mereka. Objektif utama di dalam semua program adalah agar para remaja muslim di luar sana akan berpayung di bawah payung KRIM agar remaja ini boleh dicanai menjadi pendokong agama suatu hari nanti.

Kepada adik-adik yang telah menghadiri program kali ini adalah amat diharapkan terus istiqamah mengikuti program KRIM. Insya Allah KRIM akan mengadakan ’Diskusi Remaja’ seterusnya pada bulan Julai nanti dengan penceramah dan pendekatan yang lebih keremajaan.

untitled

untitled2

untitled4

sumber: Blog KRIM P.Pinang

Hebahan: Program Diskusi Remaja

Posted by: ustazrahim on: June 17, 2009

Diskusi Remaja

Tajuk Diskusi: Gila-gila Remaja

Penceramah: Ustaz Hj Fathur Rahman B. Hj Haroon

Tarikh: 21 Jun 2009 (Ahad)

Masa: 9 pagi hingga 12.30 tengahari

Tempat: Pejabat Urusan STAIL & SMART, Bertam, Kepala Batas

Penyertaan terbuka kepada remaja yang berumur 13 hingga 17 tahun.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi; Redza: 012-2616770, Ust Wafee: 019-3565006.

Musibah…Oh…Musibah

Posted by: ustazrahim on: May 25, 2009

Adalah sesuatu yang pasti iaitu setiap daripada kita tidak pernah lari daripada ditimpa musibah dan bencana. Hatta Rasulullah SAW sendiri tidak pernah lekang daripada dilanda pelbagai musibah. Kadang-kadang kita terfikir, apakah yang membuatkan kita sering sahaja ditimpa berbagai-bagai musibah? Sehinggakan seolah-olah kita merasakan hanya diri kita sahaja yang banyak dilanda musibah. Allah berfirman:

‘Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).’ (Al-Baqarah: 155-156).

Pernah suatu ketika, saya ada menonton satu rancangan yang dikendalikan oleh Dato’ Dr Hj Fadzilah Kamsah dan beliau membicarakan mengenai perkara ini iaitu musibah. Menurut beliau, ada beberapa perkara yang menyebabkan seseorang itu dilanda musibah. Antaranya ialah:

1) Allah sayang kepada kita.

2) Allah mahu menyuci dosa kita disebabkan oleh dosa kita yang banyak.

3) Allah mahu menguji seteguh mana kekuatan iman kita.

4) Allah mahu mengangkat martabat kita.

5) Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Tetapi hamba-hambaNya yang menzalimi diri sendiri.

6) Setiap kebaikan bermula dengan musibah.

7) Untuk menyedarkan diri kita yang sentiasa alpa.

8)Kita tidak mengenal diri sendiri. Perlu muhasabah diri tentang kesalahan yang telah kita lakukan.

9) Allah mahu beri yang lebih baik.

10) Sebab terlalu gopoh gapah dalam melakukan sesuatu perkara.

Itu adalah antara 10 perkara yang menjadi punca seseorang ditimpa musibah. Selain daripada itu, Dato’ juga telah berkongsi cara-cara ketika menghadapi sesuatu musibah. Antara teknik atau cara yang boleh digunakan ialah:

1) Menukar paradigma dengan merasakan musibah adalah tanda Allah sayang kepada kita.

2) Cuba menukar keadaan persekitaran kalau ada masalah.

3) Mengambil wudhu’, minum air atau menghirup udara segar.

4) Muhasabah diri. Terus tanya diri sendiri bagaimana musibah boleh menimpa diri kita yang mungkin disebabkan oleh dosa kita.

5) Berkongsi dengan sahabat yang setia.

6) Sentiasa senyum apabila menghadapi musibah.

7) Menunaikan solat taubat dan beristighfar.

8)Memperbanyakkan doa. Jangan sombong untuk berdoa kerana orang yang tidak berdoa boleh dianggap sombong dengan tuhan.

9) Sabar dan redha kerana Allah ingin mengangkat martabat. Ujian yang diberikan Allah adalah berdasarkan kemampuan insan.

10) Menunaikan solat sunat hajat.

11) Cuba lihat kepada orang yang lebih hebat ditimpa musibah.

12) Mendoakan kepada orang lain supaya Allah boleh selesaikan masalah dia.

13) Selalu ziarah untuk eratkan silaturrahim.

14) Menyuci hati dan sentiasa minta nasihat.

15) Jangan lupa untuk membaca ‘innalillahi wa inna ilaihi raji’uun’ ketika ditimpa musibah.

Begitulah kita sebagai insan yang lemah dan serba kekurangan yang tidak dapat mengelak daripada dilanda musibah. Cuma satu perkara yang pasti adalah setiap sesuatu perkara yang berlaku adalah ujian daripada Allah. Allah berfirman: ‘Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan “kami telah beriman” dan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.’ (Al-’Ankabut: 3-4). Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia. Allah berfirman: ‘Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya…’ (Al-Baqarah: 286)

Wallahu ‘alam…

-abuammar80.blogspot.com-

Hebahan Program: Selangkah Ke Bumi Anbiya’

Posted by: ustazrahim on: May 13, 2009

bannerSKBA4

Bismillah…

Islam sebagai agama yang syumul menitik-beratkan aspek pembangunan insan untuk mewujudkan insan cemerlang, bagi memainkan peranan sebagai hamba Allah di muka bumi. Sejarah telah membuktikan bagaimana Rasulullah telah dengan jayanya membentuk satu generasi yang cemerlang, yang telah mengubah sejarah dunia, membuka dimensi baru dalam kehidupan umat manusia.

Era kegemilangan Islam yang bermula dengan pembentukan kelompok kecil di Mekah hinggalah kepada keluasan jajahan Islamiah yang menaungi hampir 2/3 dunia tidaklah dibina dengan usaha remeh temeh. Antara faktor terpenting yang menyumbang ke arah kejayaan itu adalah itu ialah kesepaduan ukhuwah yang terbentuk antara mereka.

Justeru itu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Kolej Teknologi Islam (UNITI) amat meyakini akan pentingnya elemen ukhuwah ini dalam usaha mengembalikan kegemilangan tersebut. Memandangkan betapa pentingnya pelajar-pelajar lulusan Mesir masa kini pada masyarakat, maka perlunya dari awal lagi diadakan program-program yang sedikit sebanyak boleh membantu dan meningkatkan kualiti mereka di sana nanti.

Justeru itu kita cuba merealisasikan usaha ini dengan mengadakan satu program yang telah dirancang dan dinamakan SELANGKAH KE BUMI ANBIYA’ agar boleh menjadi titik tolak kecemerlangan mereka yang sejajar dengan peribadi dan syakhsiah diri yg tinggi.

Sumber: Blog SKBA

Koleksi Bulanan