Membina Generasi Harapan

PROGRAM DISKUSI REMAJA 1

21 Julai 2007,Tasek Gelugor: Buat julung kalinya Kelab Remaja ISMA ( KRIM ) Pulau Pinang telah berjaya menganjurkan Program Diskusi Remaja 1 bertempat di Sekolah Tahfiz Al-Islah ( STAIL ) .Seramai 58 orang remaja dari sekolah sekitar iaitu SMK Dato Abdul Kadir, DMW Kepala Batas, Madrasah Masriyah ( SABK ) dan lain-lain telah hadir menjayakan program tersebut.

                   Program yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi di isi dengan sesi ceramah bertajuk  : Remaja Muslim  Contoh oleh Sdr Budiyanto Unggun.Remaja yang hadir turut di ajak menginsafi fenomena remaja hari ini yang tidak punya jati diri yang ampuh dan terjebak dalam aktivti yang memalukan seperti penagihan dadah, seks bebas, mat rempit dll.Justeru itu, remaja hari ini perlu kembali di didik melalui acuan yang telah ditinggalkan oleh junjungan besar nabi s.a.w.Pemantapan akidah,ibadah yang sohih dan akhlak yang ampuh telah berjaya melahirkan remaja muslim contoh dikalangan generasi awal seperti Usamah Zaid,Abdullah Omar dan lain yang telah membawa bendera jihad .

                   Di akhir program, peserta berpeluang berinteraksi diantara satu sama lain dan beramah mesra dengan fasi-fasi .Komen peserta yang hadir amat memberangsangkan dan mengesyorkan supaya program ini dipanjangkan masa dan perbagaikan aktiviti yang menarik.Sebelum peserta bersurai, mereka diminta mengisi borang biodata untuk kemudahan urusetia menghubungi mereka untuk program akan datang.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s