Membina Generasi Harapan

Mukhayyam Integrasi ISMA Zon Utara 2007

jerai-l2.jpg

Laporan Program Mukhayyam Integrasi ISMA   Zon Utara  

Pulau Pinang – Buat julung-julung kalinya, bertempat di Gunung Jerai, Kedah; ISMA Pulau Pinang telah berjaya menganjurkan satu mukhayyam yang mengabungkan tiga buah negeri di Zon Utara iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Mukhayyam yang diberi nama “Kem Integrasi Jerai ‘07” ini telah diadakan pada 9, 10 dan 11 Mac 2007. Bertemakan “Ukhuwwah dan Dakwah”, mukhayyam ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 60 orang peserta iaitu 24 orang terdiri daripada peserta dewasa manakala 36 adalah pelajar yang terdiri daripada remaja dan belia IPT. Antara objektif yang ingin dicapai dalam mukhayyam ini adalah memupuk semangat ukhuwwah di kalangan peserta di samping menerapkan kefahaman tentang sejarah perjuangan umat Islam yang terdahulu dalam menegakkan agama Islam serta tugas yang perlu dilaksanakan untuk mengembalikan semula kegemilangan Isla

Program yang bermula pada petang hari jumaat, dimulakan dengan sesi pendaftaran dan taklimat program oleh pengarah program. Setelah itu, renjer dari Pejabat Perhutanan telah memberikan sedikit taklimat mengenai Hutan Simpan Gunung Jerai kepada para peserta. Pada sebelah malam pula diadakan slot pengisian oleh Ustaz Mohd Ariff dari Jitra, Kedah yang bertajuk “Ini Sejarah Kita” yang membincangkan tentang sejarah perjuangan umat Islam yang terdahulu.

Pada keesokannya pula, program telah dimulakan dengan qiyamullail sebelum menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Slot tazkirah Subuh pula dikendalikan oleh Ustaz Yahya Nayan dari Perlis dengan membincangkan mengenai penyakit hati dan cara mengubatinya. Setelah selesai bersenam dan bersarapan pagi, para peserta diminta untuk menyanyikan lagu tema mukhayyam iaitu “Dakwah Kami”. Selepas itu, bermulalah aktiviti yang mencabar fizikal dan mental para peserta iaitu “Jungle Tracking”. Bukan sekadar aktiviti tracking sahaja, para peserta juga diberikan beberapa tugasan yang perlu dilaksanakan sepanjang perjalanan tersebut seperti menghafal ayat Al-Quran, tarikh-tarikh penting dalam sejarah umat Islam, kuiz serta perbincangan dan pembentangan beberapa kajian kes yang telah diberikan. Aktiviti yang bermula pada pukul 9.30 pagi ini telah mengambil masa selama lebih kurang 4 jam. Pada sebelah petang, telah diadakan slot LDK yang berkisar tentang ukhuwwah islamiyyah. Setelah itu, pada waktu malamnya, diadakan pula Malam Kesenian Islam. Aktiviti ini telah berjaya mencungkil bakat dan kreativiti para peserta melalui lakonan dan nyanyian. Persembahan mereka juga mempunyai mesej yang tersendiri dan bersesuaian dengan tema mukhayyam.

Pada hari yang terakhir, selepas qiyamullail secara fardi dan solat Subuh secara berjemaah, slot tazkirah Subuh telah disampaikan oleh Ustaz Shahrul Ikhwan berkaitan dengan peribadi muslim contoh. Setelah bersenam dan bersarapan pagi, para peserta telah pun bersiap sedia dengan aktiviti yang seterusnya iaitu “FutTan” atau futsal hutan. Komitmen para peserta terserlah dengan kesungguhan untuk memenangi setiap perlawanan yang dilangsungkan. Apabila berakhirnya acara FutTan, para peserta diminta untuk mengisi borang muhasabah sebelum upacara penutup diadakan. Upacara penutup dimulakan dengan ucapan wakil setiap kumpulan dan kalimah akhiroh yang telah disampaikan oleh penasihat program iaitu Ustaz Yusoff Muhammad. Kemudian, hadiah telah disampaikan kepada setiap kumpulan. Peserta juga bersalam-salaman sesama sendiri menandakan ukhuwwah yang telah bertaut sepanjang program.


Kebanyakan maklum balas daripada peserta adalah positif dan mereka berpuas hati dengan aktiviti yang dilakukan. Hasil pemerhatian urusetia juga mendapati para peserta memberikan komitmen yang baik sepanjang program. Ini memberikan gambaran bahawa objektif yang telah digariskan dalam mukhayyam ini telah berjaya dicapai. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki pada program-program yang akan datang.

Diharapkan agar mukhayyam kali ini menjadi titik tolak kepada program-program susulan ISMA Pulau Pinang yang akan datang.

Laporan disediakan oleh:

Rozaini Bin Othman.

One response

  1. Nor Asiah Pa' Wan Teh

    Salam,

    Ana teringin sangat nak mengikuti program2 yang sebegini.diharap agar maklumat2 untuk program akan datang,ana akan dimaklumkan.Takbir!!!!!!

    November 13, 2007 at 10:17 pm

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s