Membina Generasi Harapan

Tazkirah Jumaat

Tazkirah Jumaat

 

 Jalan Hanya Satu

Masih wujud orang yang menunggu waktu pencen atau waktu kosong untuk
beramal demi kebahagian akhirat. Dia beranggapan, sekarang sedang sibuk
bekerja dan tak punyai masa yang cukup untuk buat amal ibadah. Insyaallah,
bila pencen atau punyai waktu lapang seluruh waktunya akan dipenuhi dengan
amal ibadah.
Katakan kepada mereka: ”Dunia adalah jambatan ke akhirat. Jalan ke
akhirat adalah satu. Bukannya seperti fahaman segelintir manusia, bahawa
di sana ada dua jalan. Jalan untuk mencari rezeki dan satu lagi jalan
beramal untuk kebahagian akhirat”.
Ada yang beranggapan, ketika bekerja mencari rezeki, kena melalui jalan X
dan ianya tiada kaitan dengan akhirat. Apabila ingin beramal untuk khirat,
kena melalui jalan Y dan ianya tiada kaitan dengan dunia. Bukan begitu
wahai saudara ku! Pada mukmin, jalan hanya satu.
Rasulullah saw pernah bersabda: ”Sesiapa yang berada pada waktu petang
dalam keadaan penat kerana bekerja, maka petangnya mendapat keampunan dari
Allah”. (AL-Ausat oleh At-Tabarani) .
Renungi hadis di atas.
Keletihan kerana bekerja ganjarannya adalah keampunan. Bekerja adalah jalan
untuk mencari rezeki dan dalam masa yang sama adalah jalan ke syurga.
Tiada pemisahan, bekerja untuk dunia dan sembahyang untuk akhirat.
Bahkan bekerja itu sendiri adalah jalan ke syurga. Syaratnya kerja
tersebut mesti menepati piawaian syarak.

Sekian wassalam Ustaz Ahmad Zainal  Abidin ( MMU Melaka )

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s