Membina Generasi Harapan

Tazkirah Jumaat 2 : Cabaran Medan Amal

Ahmad Zainal Abidin ( ahmad@mmu.edu.com )  

Assalamualaikum; Untuk memahami sesuatu perkara, kita perlu berusaha.
Sebagai contoh perkara yang ingin diketahui ialah “konsep sabar”.
Samada dengan membaca, mendengar ceramah, mengemukakan persoalan kepada yang arif
dan sebagainya merupakan cara yang boleh menolong kita memahami “konsep sabar” seperti yang dikehendaki oleh Islam.

Rasanya tidaklah sukar bagi golongan “educated” memahami maksud “sabar” seperti yang dikehendaki oleh agama.

Namun yang susahnya ialah beramal dengannya. Sebagai contoh, agak sukar untuk bersabar dengan kerenah anak-anak yang tak dengar kata, bersabar dengan kenakalan student yang tak mahu mendengar nasihat guru dan bermacam-macam lagi.

Betullah kata orang: “Medan amal tak sama dengan medan ilmu”.

Antara saranan Allah swt yang boleh diikuti bagi berhadapan dengan situasi ini ialah beramal dengan kehendak ayat berikut.

Allah swt berfirman (maksudnya): “Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'” (al-Baqarah: 45)

sekian moga bermanfaat

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s