Membina Generasi Harapan

Siri Semarak Ramadhan 4

TARBIYYAH RAMADHAN

MENYEMAI SEMANGAT PERJUANGAN

Seperkara yang jarang disentuh mengenai puasa Ramadan ialah kegigihan perjuangan umat Islam pada zaman Rasulullah saw menegakkan panji-panji Islam di muka bumi ini. Pejuang Islam zaman itu tidak pernah memanjakan diri walaupun terpaksa berlapar dan dahaga sepanjang Ramadan.Satu contoh terbaik mengenai hal ini ialah kekentalan semangat pejuang Islam menentang musuh dalam Perang Badar yang berlaku pada Ramadan. Menurut riwayat, dalam peperangan itu, tentera Islam yang seramai 314 orang terpaksa menghadapi musuh Islam ialah musyrikin Quraisy yang ramai bilangannya iaitu kira-kira 1000 orang.Bagaimanapun, apa yang mengejutkan ialah tentera Islam yang sedikit itu berjaya mengalahkan musuh Islam yang lebih ramai.Apakah rahsia di sebalik kemenangan tentera Islam itu?Satu daripada rahsia tersembunyi di sebalik kemenangan pada Ramadan itu ialah kekuatan rohani yang lebih mantap daripada kekuatan fizikal. Bilangan yang ramai belum pasti mendatangkan hasil yang baik sekiranya tidak mempunyai semangat tinggi untuk mencapai kejayaan.Dalam konteks Perang Badar sekali pun musuh Islam 1000 orang, tetapi tentera Islam yang 314 orang saja mampu mengalahkan musuh dengan semangat perjuangan yang tinggi.

Biar mulut tidak menjamah makanan dan minuman, biar diri lapar dahaga, tetapi jika semangat yang membara dalam diri sentiasa berapi, maka kesannya Insya-Allah akan mendatangkan hasil di luar dugaan.Satu contoh terdekat berlaku pada kurun ke-20 mengenai kekuatan kerohanian ini ialah peperangan yang berlaku di Vietnam dulu. Keupayaan Amerika Syarikat yang dilengkapi senjata canggih terbukti tidak mendatangkan kemenangan dalam peperangan di Vietnam.Kenyataannya, dunia tahu bahawa Amerika tumpas dalam misi perjuangannya di Vietnam.Hal ini semata-mata terjadi kerana orang Vietnam memiliki semangat juang dan keazaman yang tinggi untuk menumpaskan musuh mereka.Bagi umat Islam, contoh teladan sedemikian sedia wujud sejak zaman Rasulullah saw melalui Peperangan Badar. Bagi orang yang mahu berfikir menentang musuh pada Ramadan, iaitu ketika tentera Islam berpuasa, ia bukan suatu kerja mudah sedangkan matlamat peperangan untuk mencapai kemenangan. Mampukah tentera Islam mencapai matlamat sehebat itu sedangkan mereka perlu menunaikan tanggungjawab agama dengan berpuasa?Pada zahirnya puasa kelihatan seperti menyusah dan melemahkan diri kerana makna puasa itu umumnya ialah menahan diri dari makan dan minum.

Secara lahiriahnya,jika dibandingkan dengan orang yang kenyang dengan yang lapar. Sudah tentu siapa pun akan mengatakan kekuatan itu  berada pada pihak yang kenyang. Tanggapan umum pasti sepakat dengan pendapat bahawa orang lapar pasti lemah dan tidak berdaya tetapi puasa dalam kaedah Islam mempunyai hikmah sebaliknya.Puasa dalam Islam mampu mengangkat martabat iman dan taqwa yang tinggi dalam diri insan  Muslim. Dengan keimanan dan ketaqwaan yang berakar umbi pada serambi hati itulah, seorang Muslim sanggup mempertaruhkan jiwa raga kerana agamanya.Sejarah membuktikan tentera Islam mencatatkan semangat keberanian yang tiada tolok bandingan hingga sanggup melakukan sesuatu yang dianggap ‘ajaib’ pada mata kasar orang lain dengan mengalahkan musuh Islam yang semuanya kenyang belaka dengan makanan lazat.Peristiwa itu jelas membawa iktibar kepada pewaris Islam selanjutnya bahawa puasa pada Ramadan tidak sedikitpun menjejaskan sebarang agenda perjuangan atau pekerjaan yang ingin dilaksanakan mereka.Sebaliknya, puasa itulah pendorong semangat perjuangan tentera Islam menentang musuh.Secara logiknya, tubuh badan akan menjadi ‘berat’ dan sekaligus memupuk perasaan malas dalam diri selepas kita makan, lebih-lebih lagi makan dengan sekenyang-kenyangnya.Makan sehingga terlampau kenyang dengan cara gopoh-gapah pula sebenarnya sama seperti menyeksa atau menyakitkan tubuh badan sendiri.

Dengan gaya pemakanan sedemikian akan lahir sifat malas. Bila tabiat makan terlalu kenyang menjadi amalan, si pelahap makan ini akan sentiasa lemah lesu. Proses penghadaman pula turut kelam kabut.Apabila keadaan ini terjadi, beberapa tabiat buruk yang lain seperti suka tidur, maka malas bergerak dan seumpamanya, akan turut berlapuk pada diri orang yang demikian.Tabiat ini terbentuk hasil daripada sikap yang suka makan banyak dengan gelojoh itu, akhirnya akan menyebabkan tubuh seseorang terus-terusan lemah. Seiring itu, aliran darah dalam tubuh akan menjadi lembap.Makanan yang dimakan secara gelojoh biasanya tidak sempat dikunyah dengan lumat. Ini mendatangkan kesan sampingan lain seperti menyukarkan proses penghadaman dan pernafasan.

Dalam hubungan ini, huraian Imam Syafie mengenai system pemakanan seperti nukilan Al-Rabi bin Sulaiman mungkin boleh dijadikan bahan renungan yang baik.Al-Rabi menukilkan: “Imam Syafie pernah berkata,aku tidak pernah makan kenyang sejak berusia 16 tahun kerana kekenyangan akan menambahkan berat badan, mengeraskan hati, menumpulkan otak, menyebabkan mengantuk dan malas beriadah.”Jelas kepada kita sejak dahulu lagi,alim ulama Islam mengambil berat mengenai soal makan dan pemakanan. Puncak daripada persoalan ini ialah Islam menganjurkan puasa Ramadan bagi menyeimbangkan sistem penghadaman dalam tubuh dadan manusia.Jika persoalan ini diabaikan, kesan tabiat pemakanan buruk akan terus melanda diri umat Islam. Sekiranya makanan yang dimakan penuh lemak tepu atau kita selalu saja makan makanan bergula, lama-kelamaan ia akan mewujudkan tahap kolesterol tinggi dalam pembuluh darah.Akhirnya, timbullah pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.Di sini jelas menunjukkan kepada kita bahawa punca utama pelbagai jenis penyakit kronik itu ialah makanan dan cara pemakanan yang diamalkan seseorang setiap hari.Semua ini ada kaitan rapat dengan sikap, tabiat dan kebiasaan hidup seharian kita. Kalau kita menjaga amalan pemakanan setiap hari, insya-Allah, tubuh akan sentiasa sihat. Kalau apa yang diamalkan sebaliknya maka besar kemungkinan kita mudah diserang pelbagai penyakit.Pada waktu  kita mengamalkan tabiat atau gaya pemakanan yang tidak betul atau tidak sihat, keadaan akan menjadi lebih buruk dan rumit lagi sekiranya kita merokok.Asap rokok menjadi penyumbang besar ke arah mengembangkan penyakit. Memang benar pendapat sesetengah orang bahawa mereka yang tidak merokok pun pernah diserang sakit jantung.

Kebenaran itu tidak dinafikan sesiapa, tetapi adalah benar juga risiko diserang pelbagai penyakit berpunca daripada amalan merokok.Pakar perubatan berpendapat pula, mereka yang tidak merokok diserang sakit jantung bukan terletak pada  tabiat merokok tetapi ia mungkin disebabkan faktor lain seperti keturunan dan seumpamanya.Namun semua pihak mengakui antara punca utama sakit jantung ialah tabiat pemakanan dan gaya hidup tidak sihat. Ini termasuk makanan tidak seimbang dan berkhasiat serta mengamalkan senaman dan tidak gemar berpuasa. Pemakanan dan senaman boleh dikatakan sinonim. Tanpa mana-mana satu daripada kedua-duanya akan menyebabkan badan mudah diserang penyakit.Namun rasionalnya bagaimana seseorang boleh bersenam kalau perutnya terlalu kenyang? Inilah dilema masalah pemakanan tetapi kaedah penyelesaian terbaik yang unik sudah dilahirkan Islam sejak beratus tahun lalu.Allah swt mewajibkan puasa Ramadan pada bulan Syaaban tahun kedua Hijrah. Sebelum itu, Rasulullah saw berpuasa sebanyak 3 hari pada setiap bulan.

Hikmah puasa sudah terlalu banyak diperkatakan, namun semua itu tersimpul dalam ajaran yang ditinggalkan Rasulullah saw sebagaimana sabdanya yang bermaksud:  “Perangilah nafsu dalam dirimu dari lapar dan dahaga kerana pahala yang demikian itu seperti pahala berperang Sabilillah dan tiada amal yang lebih kasih kepada Allah, selain lapar dan dahaga.”                                    

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s