Membina Generasi Harapan

Siri Semarak Ramadhan 6

AMALAN

RASULULLAH S.A.W.

SEPANJANG BULAN RAMADHAN

—————————-————————————————————–           

Sudah barang tentu kita ingin berpuasa dengan cara yang diamalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. agar puasa kita menjadi puasa yang diterima dan berkualiti. Dalam hal puasa ada beberapa perkara yang menjadi sunnah berpuasa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. diantaranya: 

1.            Sahur:

Para ulama sepakat bahawa sahur itu hukumnya sunat dan tidak berdosa bagi orang yang meninggalkannya. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda; “Makan sahurlah kamu kerana sahur itu berkah !” Abu Sa’id Al-Khudri mengatakan, “Sahur itu barakah, maka janganlah kalian meninggalkannya meskipun kamu hanya minum seteguk air, kerana sesungguhnya Allah dan para Malaikat merahmati orang yang bersahur. Adapun waktunya Rasulullah menganjur agar sahur dilakukan pada akhir waktu.”

2.            Menyegerakan Berbuka:

Disunatkan menyegerakan berbuka setelah datang waktu   Maghrib. Sahl bin Said mengatakan bahawa: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” Juga disunatkan berbuka sebelum solat Maghrib, Anas bin Malik mengatakan: “Adalah Rasulullah s.a.w. berbuka dengan beberapa biji kurma sebelum solat (Maghrib).”

3.            Membaca Doa Berbuka Puasa:

Diantara doa yang diajarkan Rasulullah s.a.w.: “Ya, Allah demi Engkaulah aku berbuka puasa dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka.”

4.            Berusaha Untuk Meninggalkan Semua Yang Dapat Mengurangi Pahala Puasa:

Sasaran yang hendak dicapai oleh setiap Muslim dengan puasanya ialah menjadi bertaqwa. Taqwa tidak dapat mungkin dengan kata tetapi memerlukan proses yang panjang. Untuk tujuan tersebut ada larangan dari Rasulullah s.a.w. untuk mengeluarkan kata jelek yang kotor, melakukan perbuatan yang sia-sia dan merugikan orang lain. Rasulullah s.a.w. bersabda:         “Puasa itu bukanlah (semata-mata menahan diri) dari makan dan minum, akan tetapi juga dari perbuatan sia-sia dan kotor. Maka jika seseorang itu memakimu atau menjahilimu, katakanlah bahawa aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa.” 

5.            Bersikap Pemurah Dan Mesra Kepada Sesama Muslim:

Rasulullah s.a.w. bersifat pemurah . Akan tetapi pada bulan Ramadhan tingkat pemurahan hatinya semakin bertambah. Ibnu Abbas mengatakan, “Rasulullah s.a.w. adalah manusia pemurah dan lebih pemurah lagi pada bulan Ramadhan.”

6.            Solat Tarawikh Dan Witir:

 Disunatkan melakukan solat tarawih atau qiamur-ramadhan. Dari Abi Hurairah, semoga Allah meredhainya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barang sesiapa yang solat pada (malam) Ramadhan dengan dasar iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang lalu”.

7.            Bertadarus Al-Quran:

Tadarus (membaca dan menghayati) Al-Quran dianjurkan sepanjang masa. Akan tetapi pada bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. ada memperbanyakkan lagi bacaan Al-Quran. Dalam hadis disebutkan: “Adapun malaikat Jibril, pada bulan Ramadhan menemui Rasulullah s.a.w. setiap malam lalu ia bertadarus Al-Quran bersamanya. Dan adalah Rasulullah s.a.w. lebih pemurah dalam kebaikan daripada angin yang bertiup.

8.            Meningkatkan Peribadatan Pada Sepuluh Hari Terakhir:

Pada sepuluh hari terakhir Rasulullah s.a.w. menganjurkan umatnya agar meningkatkan ibadah baik kualiti mahupun kuantitinya. Dari Aisyah, semoga Allah meredhainya, mengatakan, “Adalah Rasulullah s.a.w. jika memasuki sepuluh hari terakhir (dari bulan Ramadhan) baginda menghidupkan malam dan membangunkan keluarganya dan menguatkan ikatan sarung. (Bukhari Muslim)         

Dalam hadis lain: “Adalah Rasulullah s.a.w. bersungguh-sungguh (dalam ibadah) sepuluh hari terakhir (dari bulan Ramadhan) melebihi kesungguhannya pada waktu lain.

” Mengenai i’tikaf, para ulama mendefinisikan i’tikaf dengan “menetap dan tinggal di masjid dengan niat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa.”          I’tikaf disyariatkan oleh Islam berdasarkan Al-Quran; “Dan janganlah kamu bersetubuh dengan isterimu, sedang kamu beri’tikaf di masjid.” Dari Abi Hurairah, semoga Allah meredhainya, bahawa Rasulullah s.a.w. biasa beri’tikaf pada tiap bulan Ramadhan selama dua puluh hari. Secara umumnya i’tikaf hukumnya sunat. Adapun pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan hukumnya muakkadah. Ada pula i’tikaf yang hukumnya wajib, iaitu apabila sudah menjadi nazar .         I

’tikaf yang sunat tidak mengalami batas waktu. Ertinya, berapa lama orang itu tinggal di masjid dengan niat taqarrub kepada Allah s.w.t. adalah terhitung i’tikaf yang wajib, maka lamanya sesuai dengan yang dinazarkan. Al-Quran menyebutkan bahawa i’tikaf dilaksanakan di masjid. (Al-Baqarah: 187). Dan dikhususkan dalam sunnah bahawa masjid yang sebaiknya dipilih untuk i’tikaf adalah masjid jami’ iaitu masjid yang biasanya dilakukan solat jumaat padanya. Hal ini agar selama i’tikaf seorang tidak keluar dari masjid tempat beri’tikaf . Sehingga yang demikian i’tikafnya sempurna.        

Saidatina Siti Aisyah, semoga Allah meredhainya, menjelaskan “Disunatkan dalam i’tikaf tidak keluar, kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan. Tidak mengunjungi orang yang sakit, tidak mencampuri isterinya dan tidak dilakukan i’tikaf kecuali di masjid jami’, serta disunatkan juga kepada beri’tikaf (di luar bulan Ramadhan) untuk berpuasa. Sunatnya i’tikaf di masjid juga berlaku bagi para wanita, dengan syarat keberadaannya di masjid untuk beri’tikaf itu tidak mengandung atau mengundang fitnah serta mudarat. Dalam hadis sahih disebutkan bahawa isteri-isteri Rasulullah s.a.w. beri’tikaf di masjid nabi. Dari Aisyah, semoga Allah meredhainya, bahawa Rasulullah s.a.aw. beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, hingga meninggal dunia, kemudian sepeninggalan beliau isteri-isterinya tetap beri’tikaf. Jika syarat di atas tidak dipenuhi, misalnya berpenyakit atau kerana terjadi campuran antara laki-laki dan perempuan kerana kehadirannya di masjid menjadi kesempatan bagi orang-orang yang hatinya berpenyakit atau kerana jika ia melakukan i’tikaf urusan rumah tangga atau urusan lainnya terjejas  maka berlakulah kaedah usul fiqah yang mengatakan, “Dar’ul-mafaasidi muqaddamun ‘alaa jalbil-mashaalihi (menolak/meninggalkan keburukan haruslah lebih utama daripada mengambil kemaslahatan)        

 Dalam i’tikaf  dianjurkan agar mempanyakkan berzikir, istighfar, doa, ibadah-ibadah sunnah, tilawatul Quran dan hal-hal yang boleh membangun hubungan erat antara seorang hamba dengan Rabbnya. Termasuk memperbanyakkan ilmu, mengkaji tafsir Quran, hadith, fiqih atau membaca perjalanan hidup para nabi dan salihin.        

One response

  1. Perjalanan aktiviti seterusnya UMMAH AID @ KUALA MU

    Insyaallah, UMMAHAID akan meneruskan beberapa misi seterusnya selepas raya ini, dengan aktiviti yang boleh diikuti oleh sahabat2 sekalian.

    Misi ke 11 @ Perkampungan Orang Asli Kuala MU, Sungai Siput.

    Tarikh : 2,3,4 hb november 2007
    ** Perjalanan peserta akan dimulakan dengan berkumpul di susur keluar Kuala Kangsar pada jam 11 pm. Perjalanan untuk ke Kuala Mu akan dilakukan pada malam tersebut (bergantung kepada cuaca dan keadaan jalan).

    ::Modus Operandi::

    * Mengedarkan bekalan hari raya kepada penduduk kampung. jadi kepada peserta yang punya keinginan untuk berkongsi makanan seperti kuih dan biskut raya, atau pakaian dialu-alukan untuk membawa makanan tersebut.
    * meneruskan aktiviti dakwah bersama golongan kanak-kanak dan belia di Kuala Mu.

    **dalam perjalanan ini juga, kita akan cuba membawa seramai 3 orang wanita Kuala Mu untuk belajar teknik-teknik mengajar mengenai asas agama. Sebagai tambahan, mereka pernah mendapat pendidikan agama di kelantan.

    **Insyaallah, kita akan menggunakan segala ilmu yang mereka perolehi untuk mengajar kanak-kanak di Kuala Mu. Latihan pengajaran & pembelajaran akan dijalankan di sebuah tadika islam di Pulau Pinang.

    ::jadi, kepada sahabat-sahabat yang ingin membantu dalam bentuk bantuan kewangan, khidmat nasihat dan sebagainya amat dialukan, bagi melancarkan proses pembelajaran 3 orang wanita Kuala Mu ini.

    ::Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi sdr. Ridzuan di who_83@yahoo.com. / 0129675690

    October 18, 2007 at 6:13 pm

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s