Membina Generasi Harapan

Program Sambutan Hari Al-Aqsa Sedunia Bersama Sahabat Palestin

SAMBUTAN  HARI Al-QUDS  SEDUNIA 1428 / 2007BERSAMA SAHABAT PALESTIN DI STAIL   

               23 Ogos  2007, Tasek Gelugor,Pulau Pinang, ISMA Pulau Pinang dan Sekolah Tahfiz Al-Islah dengan kerjasama AMAN PALESTIN telah berjaya menganjurkan  Hari Al-Quds Sedunia bersama sahabat Palestin bertempat di Dewan STAIL.Majlis  bermula dengan solat magrib,bacaan yasin dan ceramah sempena Hari Al-Quds Sedunia serta kutipan kilat untuk sumbangan Tabung Aman Palestin.

              Didalam  ucapan aluan dan perasmian  oleh Sohibus Samahah Dato Hj Hassan Ahmad ,Mufti Kerajaan Pulau Pinang selaku Penasihat STAIL,beliau mengucapkan tahniah kepada ISMA dan STAIL kerana telah mengambil inisiatif menganjurkan program seumpama ini untuk mengajak umat  islam sama-sama  menghayati perjuangan rakyat Palestin untum membebaskan Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam dari cengkaman Israel.Menceritakan pengalaman beliau dan rombongannya menziarahi Baitul Maqdis pada tahun 2000, terdapat banyak sejarah peninggalan  Islam terutamanya Masjid Al-Aqsa yang masih berada di bawah cengkaman Zionis hingga hari ini.

              Ceramah tentang Isu-Isu semasa Palestin dan Masjid Al-Quds  telah di sampaikan oleh Saudara Luiay Abdullah (  UIAM ).Beliau  menarik perhatian hadirin tentang sejarah perjuangan rakyat Palestin yang di pimpin oleh HAMAS.Menurut beliau ,perjuangan intifadah rakyat Palestin di  pelopori  oleh pemuda-pemuda hafiz Al-Quran yang mendapat tarbiyyah dari masjid-masjid ..Sesungguhnya isu Palestin adalah isu umat Islam seluruh dunia kerana Al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam.Justeru itu, kewajipan membebaskan Al-Aqsa adalah tugas seluruh umat Islam di seluruh dunia.

              Sempena majlis tersebut,satu tabung kutipan bagi tujuan membantu perjuangan rakyat Palestin telah berjaya mengumpulkan lebih RM 4000.00.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s