Membina Generasi Harapan

Wanita ISMA Dan NGO Islam

PROGRAM  SEHARI  BERSAMA NGO  ISLAM 

              11 Ogos  2007, Kepala Batas ,Pulau Pinang, buat julung kalinya ISMA Pulau Pinang telah menerima undangan ke program  Sehari Bersama NGO Islam anjuran Wanita JIM Pulau Pinang & Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM )  di Dewan Melinium Kepala Batas.Program ini mengumpulkan  beberapa NGO islam seperti JIM, ISMA, YADIM, TEGAS, NISA’ dan lain lain

               Program tersebut  bermula pada jam 8.00 pagi – 5.00 petang  di penuhi dengan berbagai  aktiviti menarik seperti  ceramah, forum dan pameran.Dianggarkan 200 orang ahli dan bukan ahli telah hadir menyaksikan program tersebut.Wanita ISMA Pulau Pinang  telah mengambil  inisiatif  membuka kaunter  penerangan tentang kegiatan dan aktiviti ISMA di Pulau Pinang dan seluruh Malaysia  di samping  memperkenalkan ISMA kepada masyarakat umum..Menurut Ketua Wanita ISMA  Pulau Pinang Ustazah Norhayati Abdul Wahab,kaunter  pameran ISMA  telah mendapat  sambutan yang amat menggalakkan dari peserta programRata-rata amat kagum dan berminat dengan aktiviti yang telah di jalankan oleh ISMA .

               Pada sebelah petang pula, diadakan sesi memperkenalkan NGO .Ustazah Norhayati telah di beri penghormatan  untuk berucapa dan memperkenalkan ISMA kepada semua wakil NGO islam dan orang ramai yang hadir pada hari tersebut.Ketika di temui oleh pemberita  ismapenang.wordpress selepas program, Ustazah Norhayati melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana berpeluang bertaaruf dengan wakil NGO Islam yang lain dan memasyurkan nama ISMA kepada orang ramai.Ujurnya lagi wanita ISMA perlu bersedia bila-bila masa untuk terjun ke dalam masyarakat untuk sama-sama dengan NGO lain  membimbing remaja hari ini agar mereka tidak terus tenggelam dalam arus keruntuhan akhlak yang amat kritikal hari ini.

  

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s