Membina Generasi Harapan

Tips Mengelakkan Kejadian Rogol Terhadap Kanak-Kanak

TIPS’ UNTUK ELAK KEJADIAN ROGOL :

  1. Anak2 kecil mesti sentiasa dibawah pengawasan ibu-bapa, guru-guru atau penjaga yang dipercayai. Kanak-kanak juga boleh dirogol oleh penjaga atau keluarga penjaga/pengasuh, oleh itu sentiasa ada rasa ‘cemburu’ dan berhati-    hati.

  2. Latih anak-anak untuk menjauhi orang yang tidak dikenali, kalau perlu ingatkan setiap hari iaitu semasa meninggalkan anak-anak dirumah atau   Tadika / Sekolah.

  3. Ingatkan pada anak-anak anggota tubuh badannya yang  tidak patut disentuh oleh sesiapa pun kecuali oleh ibubapa atau pengasuh    semasa mandi atau masa buang air.

  4. Galakkan anak2 untuk bercakap atau bercerita apa yang berlaku sepanjang peninggalan ibu bapa supaya dengan ini dia akan    memaklumkan perkara2 yang mungkin tidak difahaminya yang berlaku keatasnya.

  5. Bertindak awal jika telah ada tanda-tanda maruah anak2 cuba dicerobohi. Jangan pandang remeh tanda2 ini  takut nanti kita menyesal.

  6. Seboleh2nya jangan benarkan anak2 tidor dirumah orang lain kecuali sangat perlu dan keluarga tersebut dikenali sebagai keluarga yang amanah dan berhemah.

  7. Latih anak2 untuk menjerit minta tolong atau sebut ”API-API” jika ada gangguan atau pencerobohan terhadap dirinya. Kajian mendapati jeritan ’API” lebih diberi perhatian oleh orang ramai dari jeritan minta tolong.

  8. Keluarga terdekat juga boleh menceroboh maruah anak2, jadi ibu-ibu perlu maklumkan pada anak2 juga tentang perkara tersebut.

  9. Sentiasa berhubung dengan guru-guru, penjaga atau pengasuh tentang isu-isu keselamatan anak2

  10. Pastikan kita berdoa dan ajar anak2 berdoa mohon keselamatan serta perlindungan Tuhan semasa melangkah keluar rumah, contoh: ”Bismillahitawakkaltu ’alAllah”

    Disediakan oleh DEWAN MUSLIMAT PAS TITIWANGSA
    dan LAJNAH KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN PAS PUSAT

Leave a comment