Membina Generasi Harapan

Karnival Futsal Remaja 2008

 

Seberang Jaya – Karnival Futsal Remaja 2008 telah berlangsung dengan meriah dan jayanya pada 21 Jun 2008 baru-baru ini di Safira Sports Club, Seberang Jaya. Karnival yang buat pertama kali diadakan ini telah dianjurkan oleh Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Kepala Batas.

          Majlis perasmian yang bermula pada pukul 9.00 pagi telah disempurnakan oleh Ustaz Ahmad Fahmi b Abu Bakar, Mudir Sekolah Tahfiz Al Islah (STAIL). Sebanyak 18 pasukan daripada sekolah-sekolah menengah sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang telah menyertai karnival ini. Antara pasukan-pasukan yang menyertai karnival ini ialah SMART FC, Pokok Sena FC, Pesona FC, Ma’sar, SMK Permatang Tok Jaya, SMK Dato’ Lela Pahlawan, KRIM Kedah dan Teenagers FC.

          Antara objektif penganjuran ialah memperkenalkan KRIM kepada masyarakat Pulau Pinang terutamanya para remaja. Dalam masa yang sama karnival ini juga menjadi satu wadah para remaja Islam berkumpul dan berkenal-kenalan sambil bermain futsal.

          Karnival yang berakhir pada pukul 3.00 petang ini telah dijuarai oleh pasukan Pokok Sena FC yang menewaskan Pesona FC dengan keputusan 5-3. Sementara tempat ketiga menjadi milik SMK Permatang Tok Jaya. Johan pada kali ini menerima wang tunai RM100 dan pingat. Manakala naib johan menerima wang tunai RM70 serta pingat dan tempat ketiga menerima wang tunai RM50 serta pingat.

          Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Pengarah KRIM Kepala Batas iaitu Saudara Budiyanto b Unggun.

 

-Budi-

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s