Membina Generasi Harapan

PROGRAM IKTIKAF PERDANA DAN MAJLIS SUMBANGAN HARI RAYA DI PULAU AMAN

PROGRAM IKTIKAF PERDANA DAN MAJLIS SUMBANGAN HARI RAYA DI PULAU AMAN

ANJURAN ISMA PULAU PINANG DENGAN KERJASAMA STAIL DAN PEMBINA.

 

Pulau Aman, Pulau Pinang 28 September 2008:Biar pun orang ramai sibuk membuat persiapan terakhir menyambut Hari Raya Eidul Fitri yang bakal tiba, seramai 38 orang peserta Program Iktikaf Perdana dan Majlis Sumbangan Eidul Fitri anjuran Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA ) Pulau Pinang dengan kerjasama Sekolah tahfiz Al-Islah ( STAIL ) dan Persatuan Belia Islam Nasional ( PEMBINA ) berlangsung dengan jayanya di sebuah pulau perkampungan nelayan di Pulau Aman bertarikh 26 – 28 September 2008. Menurut Ustaz Ahmad Fahmi Abu Bakar merangkap Pengarah Program , ini adalah kali keempat program seumpama ini di anjurkan oleh ISMA untuk mengajak ahli dan seluruh masyarakat untuk menghidupkan sunnah nabi agar umat islam bersungguh-sungguh melipatgandakan amal ibadat terutama di hari-hari sepuluh terakhir ramadhan.

Program 3 hari 2 malam ini bermula pada jam 5.00 petang 26 September 2008 dan berakhir pada jam 2.00 tengahari 28 September 2008. Para peserta bertolak menaiki dua buah bot menuju ke Pulau Aman .Sepanjang tempoh tersebut ,berbagai aktiviti berbentuk kerohanian telah di susun oleh pihak penganjur antaranya tilawah / tadarus al-quran,Qiamullalil,iftar jamaie,solat sunat duha,tazkirah,berzikir,dan diskusi Qawaid Fiqhiyyah.Pada hari pertama, peserta program sempat berbuka puasa bersama masyarakat setempat,solat terawih dan qiamullalil yang diimamkan oleh para hafiz dari STAIL.Sepangjang hari kedua pula , peserta berpeluang mengiuti majlis ilmu yang membincangkan buku Qawaid Fiqhiyyah oleh Ustaz Hamidi Hassan.Seorang peserta program Mohamad Rifaie Noor Azman,pelajar tigkatan 1 dari Sekolah Menengah Arab Tahfiz ( SMART ) melahirkan rasa bertuah kerana dapat mengikuti program iktikaf ini.Ia amat menyeronokkan dan menambah ilmu serta berharap akan dapat turut serta lagi di tahun hadapan,ujur beliau.

Pada hari terakhir,Ustaz Abdul Rahim Sudin selaku Ketua Perhubungan ISMA Pulau Pinang telah menyempurnakan majlis sumbangan beras fidyah, wang zakat dan pakaian kepada ibu-ibu tunggal dan keluarga miskin di pulau tersebut.Manakala pihak STAIL pula telah sudi memberikan duit raya dan baju kepada kanak – kanak di pulau tersebut.Dalam ucapan penutup ,wakil penduduk Pulau Aman, Tn.Haji Yaakob selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung ( JKKK )terharu kerana pihak penganjur telah sudi memilih Pulau Aman untuk program kali ini.Masyarakat setempat juga bertuah kerana mendapat banyak manfaat melalui program seperti ini.

 

Oleh : ISMA MEDIA

 

 

 

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s