Membina Generasi Harapan

ISMA Mengutuk Serangan Israel

30 Disember 2008

KENYATAAN RASMI

Serangan yang di lakukan oleh regim Israel terhadap penduduk Gaza melihatkan sikap Yahudi yang berterusan memusuhi islam. Serangan yang telah berterusan selama 3 hari yang lepas sehingga kini telah mengorbankan 345 nyawa dan mencederakan lebih 800 penduduk. Kenyataan pihak Israel bahawa serangan itu adalah bertujuan untuk melumpuhkan gerakan Hamas hanyalah satu muslihat semata apabila nyawa yang terkorban melibatkan ramai penduduk awam termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa.

ISMA mengutuk dengan sekeras-kerasnya terhadap serangan yang tidak berperikemanusian oleh regim Isarel terhadap penduduk Gaza dan mendesak :-

1. Tentera Isarel untuk menghentikan serangan dan mengundurkan tentera dari sempadan Gaza serta merta.

2. Pertubuhan OIC mengeluarkan resolusi mengadakan sekatan ekonomi terhadap Israel dan memboikot semua barangan dari negara berkenaan dan syarikat pengeluar yang membantu regim Israel.

3. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengeluarkan resolusi supaya Israel menghentikan serangan serta merta dan mendesak negara-negara anggota terutama Amerika, Britain dan sekutunya menghentikan sokongan terhadap Israel. ISMA juga menyeru semua umat islam di seluruh dunia untuk bersatu mengutuk kekejaman Israel dan memboikot semua barangan syarikat pengeluar yang membantu regim zionist ini.

Sekian.

Abdullah Zaik Abdul Rahman

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia

 

sumber: ISMA web

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s