Membina Generasi Harapan

Siri Roadshow ‘Selamatkan Gaza’ Aman Palestin-ISMA P.Pinang

Isu Palestin adalah isu masyarakat umum. Bahkan bagi umat Islam, ia adalah isu yang sangat penting dan amat dekat dengan mereka. Palestin adalah bumi Israk dan Mikraj. Ia juga adalah bumi anbiyak. Bumi Palestin terdapat Masjidil Aqsa yang pernah menjadi kiblat bagi umat Islam dan di antara tiga masjid yang diberkati oleh Allah S.W.T.

Seperti yang dimaklumi, bumi Palestin kini terutamanya Bandar Gaza berada dalam keadaan yang kucar kacir dan menyayat hati akibat daripada kekejaman Israel yang menyerang Gaza sejak 27 Disember 2008 yang lalu. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperi kemanusiaan ini.

Dalam menyebarkan kesedaran kepada umat Islam tentang isu Palestin ini (terutamanya setelah apa yang berlaku di Gaza), khususnya di Pulau Pinang, ISMA P. Pinang dengan kerjasama Aman Palestin telah berusaha menjayakan beberapa siri roadshow (ceramah, tayangan multimedia dan pameran) di sekitar Pulau Pinang. Berikut adalah beberapa siri roadshow yang telah dijalankan serta yang akan dilaksanakan dalam waktu yang terdekat.

3 Januari – Surau Taman Sutera, Seberang Jaya

17 Januari – Masjid Batu, Kampung Pertama

22 Januari – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Mengkuang

22 Januari – Masjid Barakah, Tikam Batu

23 Januari – SK Mengkuang, Mengkuang dan SK Kuala Muda, Kuala Muda

29 Januari – Pameran Aman Palestin dan Ceramah di Komtar program SUK P Pinang

30 Januari – Bank Islam Malaysia Berhad, Seberang Jaya

1 Februari – Himpunan Ummah Selamatkan Gaza di Dewan Millenium, K.Batas.

3 Februari – SMK Mengkuang, Mengkuang

5 Februari – Solat Hajat Bela Palestin di Masjid Bandar Perda, Bukit Mertajam.

6 Februari – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh.

Sehingga kini, ISMA P.Pinang telah berjaya mengumpulkan RM 16,000 berserta dua bentuk cincin dan seutas rantai yang belum dinilaikan lagi untuk disumbangkan kepada Aman Palestin, alhamdulillah. Moga usaha-usaha sebegini diberkati dan dilimpahkan kurnia oleh Allah S.W.T. Dan semoga bumi Palestin bebas dari sebarang bentuk penjajahan oleh Zionis laknatullah.Pameran di KomtarTayangan Multimedia di Bank IslamProgram di Dewan MilleniumProgram di Dewan MilleniumCeramah di Komtar

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s