Membina Generasi Harapan

ISMA P. Pinang Celik IT

10 April 2010 – Laman blog adalah antara saluran terkini dalam menyampaikan sebarang maklumat untuk tatapan seluruh dunia. Tidak kira sama ada ia mempunyai unsur-unsur positif ataupun negatif, yang pastinya setiap daripada kita boleh akses kepada maklumat tersebut. Tambahan pula, dalam arena dakwah ini, idea-idea atau fikrah Islam yang ingin dikemukakan kepada masyarakat, boleh dipromosikan melalui laman blog. Atas kesedaran inilah, ISMA P.Pinang mengorak langkah menganjurkan program “Celik IT” yang memfokuskan kepada pembangunan laman blog di kalangan ahli-ahli ISMA P.Pinang. Program ini telah dilaksanakan pada 3 April  untuk peserta wanita yang dihadiri oleh 10 orang peserta manakala pada 10 April untuk peserta lelaki dengan kehadiran lebih kurang 6 orang peserta.

Dalam program ini, para peserta telah didedahkan bagaimana untuk menghasilkan laman blog peribadi. Begitu juga beberapa teknik untuk menjadikan laman blog lebih menarik turut diajar. Program ini telah dikendalikan oleh ahli ISMA P.Pinang sendiri iaitu Sdri Hafizah dan Sdr Budiyanto yang berpengalaman dalam membangunkan blog peribadi. Hasilnya, setelah berpenat lelah, sebanyak lebih kurang 10 laman blog peribadi telah berjaya dibangunkan. Moga dengan wujudnya laman-laman blog ini, mesej dakwah dapat disampaikan kepada masyarakat umum.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s