Membina Generasi Harapan

5584

Kem Solat Dan Program Aqiqah

Tasek Gelugor, 24 Disember –

ISMA Pulau Pinang dengan kerjasama AJK Masjid Kampung Baharu, Kampung Selamat buat julung-julung kalinya telah berjaya mengadakan program Kem Motivasi Solat bertempat di Masjid Kampung Baharu, Kampung Selamat pada 24 Dsember yang lalu.

Antara objektif program ini dilaksanakan ialah untuk memperkenalkan nama ISMA serta agensi-agensi di bawah ISMA kepada penduduk setempat di samping memberi khidmat sosial kepada masyarakat seperti gotong royong membersihkan kawasan masjid, ceramah motivasi serta kem ibadah solat.

Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir jam 10.30 malam ini telah berjaya mengumpulkan ramai penduduk di sekitar qariah Kampung Baharu yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Program dimulakan dengan kem ibadah solat untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.

Seramai lebih kurang 50 orang peserta telah berjaya mengambil bahagian. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah praktikal wudhu’ dan solat, LDK, pertandingan azan dan iqamah, kuiz dan sebagainya. Fasilitator yang terlibat adalah terdiri daripada ahli KRIM dan PEMBINA. Para peserta dilihat begitu bersungguh-sungguh dan menunjukkan minat yang tinggi semasa mengikuti aktiviti yang dijalankan.

Pada masa yang sama, golongan dewasa bersama ahli ISMA yang lain turut sibuk bergotong-royong memasak makanan tengahari. Seekor lembu telah berjaya ditumbangkan hasil sumbangan ahli-ahli ISMA melalui ibadah aqiqah. Pada sebelah petangnya pula, telah diadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan di sekitar masjid dan kubur yang berdekatan.

Satu ceramah motivasi turut diadakan selepas solat Isyak bagi meningkatkan kesedaran masyarakat setempat tentang tanggungjawab ibubapa dalam mendidik anak-anak mengikut acuan Islam. Sesi ceramah ini dikendalikan dengan menarik sekali oleh motivator yang terkenal iaitu Tn Hj Mohd Ariff dan para hadirin juga amat terhibur dengan penyampaian beliau. Kehadiran masyarakat setempat pada malam tersebut juga amat memberangsangkan.

Sebelum program berakhir, para peserta program telah diberikan sijil dan hadiah manakala penceramah dan Pengerusi Masjid Kampung Baharu diberi cenderahati sebagai tanda penghargaan daripada pihak ISMA Pulau Pinang. Secara umumnya, program yang dijalankan pada kali ini telah mendapat sambutan di luar dugaan terutama oleh penduduk setempat. Sememangnya mereka sentiasa menantikan program-program seperti yang dijalankan ini. Terdapat juga di antara AJK masjid mencadangkan kepada ISMA untuk dijadikan sebagai program tahunan.

Semoga program bersama masyarakat yang dilaksanakan ini mendapat keredhaan ilahi dan seterusnya dapat melonjakkan nama ISMA Pulau Pinang di mata masyarakat umum.

Advertisements

Hebahan Program: Remaja ‘n’ Ramadhan

R n R

Maklumat berkaitan dengan program R ‘n’ R:

Tarikh: 4 Sept – 5 Sept 09 (Jumaat – Sabtu)

Masa: 6pm – 11am

Tempat: Surau As-Salikin, Bandar Putra Bertam

Yuran: RM10 (termasuk berbuka dan sahur)

Peserta: Remaja berumur 13 thn – 18 thn

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran boleh hubungi:

1)  012-2616770 (Bro. Redza)   2) 019-3565006 (Bro. Wafee)   

3) 019-9042426 (Kak Zai)

Jom join!


Palestin : Perjuangan Yang Belum Selesai

Publication3


Program Terkini Pembina Pulau Pinang

Assalamualaikum wbt.

InsyaAllah Pembina akan melaksanakan program mukhayyam pertama untuk ikwah dan akhawat. Butir-butir Mukhayyam adalah seperti berikut :

1) Pembina (Ikhwah) – 11, 12 & 13 Julai 2008

Tempat : Batu Hampar Yan, Kedah

2) Pembina (Akhawat) – 11, 12 & 13 Julai 2008

Tempat : Kg Acheh Yan, Kedah

Bertemakan Seerah Rasulullah dan Sahabat, mukhayyam kali ini akan memfokuskan kepada seerah perjuangan nabi dengan garapan dan perlaksanaan aktiviti yang menarik dan sesuai untuk ahli Pembina di Pulau Pinang dalam menghayati dan mengambil iktibar daripadanya InsyaAllah.

 -alkhair-


Kejohanan Futsal Remaja 2008

Assalamualaikum wbt

 InsyaAllah KRIM Kepala Batas akan menganjurkan Kejohanan Futsal Remaja 2008 terbuka kepada Pelajar Sekolah dan remaja sekitar Kepala Batas dan Pulau Pinang.

Kejohanan akan di adakan pada 21hb Jun 2008 (Sabtu) bertempat di Safira Sport Planet, Seberang Jaya.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saudara Mursyid 0194572527 atau saudara Budiyanto 0195235592.

by :alkhair