Membina Generasi Harapan

Aktiviti

KONWANIS 2010

Tempat:  Dewan Besar Politeknik Port Dickson

Yuran: Pelajar – RM35

Dewasa – RM70

Daftar Segera! Jangan Lepaskan Peluang Ini!

HUBUNGI :

USTAZAH NORHAYATI 0195466068 / USTAZAH NORMAH 0194734770

Advertisements

RAPAT UMUM SOLIDARITI – END THE SIEGE


Career Night – Malam Kerjaya

8 Mei 2010, Sabtu

PEMBINA Pulau Pinang beserta kerjasama jawatankuasa Imtiyaz telah berjaya melancarkan program “Career Night” yang bertempat di Sekolah Menengah Taman Jelutong, Kulim. Program yang julung kali diadakan ini bermula pada jam 8.30 malam sehingga 11 malam dan ianya berjaya menarik kehadiran kira-kira 100 orang pelajar tingkatan 4 dan 5.

 Objektif utama program ini dilaksanakan adalah bertujuan memberi gambaran am kepada para pelajar yang menghampiri gerbang SPM mengenai pelbagai skop kerjaya yang boleh mereka ceburi di masa hadapan. Dua slot khas yang telah dirancang menyediakan peluang kepada 7 para panelis jemputan dari pelbagai bidang untuk berkongsi pengalaman dan menerangkan cara-cara untuk mencapai kejayaan selama 10 minit di slot pertama. Di slot seterusnya, 7 kaunter dibuka di ruang legar sekolah untuk memberi peluang kepada para pelajar mengutarakan persoalan secara ‘face-to face’ kepada ahli panel dalam bidang yang mereka minati. Pelbagai ilmu, nasihat dan pengalaman yang berguna telah berjaya dikongsikan bersama para pelajar yang mengerumuni para panelis dan kelihatan begitu bersemangat mengajukan soalan mengenai kerjaya yang diminati (Kedoktoran, kepeguaman, kejuruteraan, pendidikan (pensyarah), sumber manusia, sains, pengajian agama). Setelah hampir setengah jam lebih slot kedua berjalan, majlis ditamatkan dengan jamuan ringan yang telah disediakan. Para panelis yang hadir pada malam tersebut adalah:

  • EN. KAMALDIN NORDIN                     – MBA  UKM.-HR  MOTOROLA,SINGAPORE
  • Dr. HJH.NORHASIMAH  ISMAIL      – MA  FAMILY MEDICINE  UKM –DOKTOR  PAKAR KELUARGA
  • EN. ROZAINI  OTHMAN                       – MSc  KEJURUTERAAN  MEKANIKAL  USM –PENSYARAH  JABATAN MEKANIKAL  UITM
  • MOHD  REDZA  KHAZALE                   – BA  LAW  UIA
  • KHAIRUL  RIZAL  JAHARI                – BA ELECTRONIC   ENGINEERING,UNI   OF YORK  , UK
  • INTAN  FAIRUZ  ISMAIL                    – BSc  UNIVERSITY  OF  MELBOURNE  &  MONASH  UNIVERSITY AUSTRALIA
  • MOHD  YUSOFF  ABD.MUTALIB      – DIP. TAHFIZ  JAKIM, BA  USULUDIN  UNIVERSITI  IMAN, BA PENGAJIAN  ISLAM  UNIVERSITI  SABA   YAMEN.

 Harapan dari program tersebut adalah untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang jelas dengan cita-cita yang mereka impikan. Tanpa matlamat yang jelas, seseorang akan mudah goyah dan tergugat oleh gejala-gejala negatif.

 Rumusan yang berjaya dikaut dari Malam Kerjaya tersebut, para pelajar di peringatkan bahawa keimanan adalah asas segala kerjaya. Ilmu agama bukan hanya untuk diaplikasikan oleh individu-individu dalam bidang kerjaya agama sahaja malah dalam apa kerjaya sekali pun. Islam dan keimanan harus disertakan dan diadun sekata.

 Akhirul kalam, moga bertambahnya mukmin profesional yang terpancar Islam dari dalam dirinya. InsyaAllah.

-sumber: http://pembinapenang.wordpress.com/


Online Dengan Tuhan Di SMK Datuk Haji Abdul Kadir

11 April 2010 – Online Dengan Tuhan (ODT) buat pertama kalinya telah berjaya dilaksanakan di SMK Datuk Haji Abdul Kadir pada 10 April 2010. Program ini adalah kerjasaman antara Kelab Remaja ISMA (KRIM) Pulau Pinang dan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMKDHAK.

Para peserta lelaki sedang melaksanakan praktikal solat dibantu fasilitator.

Program dimulakan dengan taklimat program oleh Saudari Nor Azizah pada pukul 8.40 pagi. Ceramah ‘Online Dengan Tuhan’ telah disampaikan oleh Saudara Budiyanto b Unggun, Pengarah KRIM Pulau Pinang sebaik sahaja sesi taklimat. Program diteruskan dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama fasilitator yang dedikasi mencurahkan ilmu kepada para peserta. Aktiviti LDK bersama fasilitator ialah menguji bacaan solat peserta dan praktikal solat.

Para peserta sedang mengikuti sesi teori solat bersama fasilitator.

 

Permainan ‘Impossible Mission’ pada sesi sebelah petang adalah kemuncak program. Permainan ini Berjaya menarik semua peserta terlibat dengan bersungguh-sungguh menyelesaikan semua persoalan yang diberikan.

Fasilitator sedang memberikan penerangan berkaitan solat kepada para peserta.

Para peserta sedang khusyu’ menghayati ceramah Online Dengan Tuhan

-sumber: http://krimpenang.blogspot.com/


Rehlah Nazim 2010

REHLAH NAZIM

Alhamdulillah pada 3hb April 2010 telah berlansungnya rehlah Nazim di Pusat Sukan Dan Rekreasi MPSP di Bukit Mertajam. Bilangan peserta seramai 25 orang beserta tenaga pengiring seramai 7 orang dari kalangan ikhwah dan akhawat.

Program tersebut bermula pada jam 9 pagi dan berakhir selepas solat zohor kira-kira jam 2 petang. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah bacaan doa perjalanan serta makna. Para peserta diminta untuk menghafal doa dan makna tersebut. Seterusnya ialah tazkirah yang disampaikan oleh salah seorang daripada tenaga pengiring, kemudian diiringi pula dengan sorak semangat oleh semua peserta.

Selain itu, pihak ajk Nazimjuga menyediakan acara sukaneka seperti tiup belon, bola beracun, kutip gula-gula dan lumba lari.  Acara seterusnya ialah acara mandi-manda di dalam kolam yang terdapat di tempat tersebut.

Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung pada jam 1.15 petang. Selepas majlis tersebut, semua peserta dan ajk telah solat berjemaah sebelum pulang pada jam 2 petang. Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat keredhaan Allah S.W.T . Amin….


Hari Keluarga 2010

Kulim,  28 Feb – “Ukhuwwah Disemai. Dakwah Dituai”. Begitulah tema bagi Hari Keluarga ISMA Pulau Pinang 2010 yang telah diadakan di Hutan Lipur Bukit Hijau, Kulim pada hari Ahad, 28 Februari 2010 yang lalu. Program yang diadakan setiap tahun ini telah berjaya mengumpulkan seramai lebih kurang 70 orang ahli keluarga ISMA Pulau Pinang.

 Program Hari Keluarga ISMA Pulau Pinang bermula pada jam 10.30 pagi dengan ucapan daripada Pengarah Program iaitu Ustazah Norhayati, Ketua Biro Wanita ISMA Pulau Pinang. Kemudian disusuli pula dengan penyampaian tazkirah oleh Ustaz Mohd Yusof Mohamed yang berkisar tentang Ukhuwwah Islamiyyah. Al-fadhil ustaz menekankan tentang betapa pentingnya ukhuwwah dalam memacu dakwah ISMA Pulau Pinang. Banyak kata-kata oleh Syeikh Mustafa Masyhur, Ahmad Ar-Rasyid dan Abdullah Nasih Ulwan dinukilkan oleh ustaz untuk menambahkan kefahaman para peserta tentang kepentingan ukhuwwah. Seusai sahaja tazkirah, ahli keluarga ISMA Pulau Pinang dihidangkan pula dengan persembahan nasyid oleh para pelajar SMART (Sekolah Menengah Arab Tahfiz) sebagai halwa telinga. Pada masa yang sama, telah diedarkan juga soalan kuiz untuk dijawab oleh semua peserta program.

 

Hari Keluarga ISMA Pulau Pinang diteruskan dengan pelbagai acara sukaneka yang melibatkan anak-anak serta kaum wanita. Keceriaan dan keseronokan jelas terbayang di wajah mereka. Sementara itu, kaum lelaki bekerjasama menyediakan BBQ ayam dan ikan. Mereka juga mengambil kesempatan untuk mandi manda di sungai yang berhampiran.

 Setelah itu, ahli keluarga ISMA Pulau Pinang dijamu dengan juadah makan tengahari. Bagi mengeratkan lagi ukhuwwah, mereka semua menjamu makanan di dalam talam. Selesai sahaja makan tengahari, semua peserta bersiap sedia untuk solat zohor. Bagi menambahkan lagi keunikan program, solat dilaksanakan atas tanah rumput. Setelah solat, program diteruskan dengan aktiviti mandi manda. Tepat pukul 2.30 petang, majlis penutup dan penyampaian hadiah diadakan. Dalam ucapan penutup, YDP ISMA Pulau Pinang, Ustaz Abdul Rahim merakamkan setinggi penghargaan kepada semua peserta yang hadir kerana sanggup meluangkan masa cuti untuk hadir pada program ini. Beliau juga menekankan tentang kepentingan tarbiyah dalam keluarga dan kepada anak-anak serta menjadikan Rasulullah SAW sebagai qudwah dalam melaksanakan dakwah.

 Program berakhir pada pukul 3.00 petang. Kesemua peserta program berpuas hati dengan Hari Keluarga pada kali ini. Sekalung tahniah buat jawatankuasa penganjur terutama Biro Wanita ISMA Pulau Pinang kerana berjaya menganjurkan program Hari Keluarga ISMA Pulau Pinang 2010 dengan baik sekali. Jumpa lagi pada tahun hadapan, insyaAllah. Bersama membina generasi harapan.

 


Little Star 1: Lembaran Baru 2010 Kelab Simba dan Jasmin (NAZIM)

Pada 23 Januari 2010 Kelab Simba dan Jasmin telah memulakan programnya dengan  Program Little Star 1 bermula jam 9 hingga 11.30 pagi di Tadika Nazim Bestari Sungai 2. Dengan peserta seramai 24 orang program berjalan dengan lancar. Simba-simba dan bebunga jasmin menyahut cabaran para pelaksana program dan  terpancar kegembiraan serta kepuasan dalam diri mereka.

Program bermula dengan taklimat dan tazkirah oleh Ustazah Munirah sebagai pengarah program. Ustazah Munirah dengan bersemangat menceritakan tentang NAZIM kepada peserta serta memberi sedikit nasihat dalam sesi tazkirahnya.

Program diteruskan kepada pengisian yang bertajuk ‘Kebesaran Allah’ disampaikan oleh Cikgu Nurul Akmar. Peserta dilihat teruja dengan nasyid yang digunakan oleh Cikgu Nurul Akmar untuk menceritakan tentang kebesaran Allah. Para peserta juga diuji kebolehan melukis dengan disuruh melukis alam kebesaran Allah.

Peserta juga diuji bacaan dalam solat. Mereka dibahagi kepada beberapa kumpulan dengan dibimbing oleh seorang fasilitator bagi setiap kumpulan.

Bagi merehatkan minda buat seketika, peserta lelaki bermain bola sepak di perkarangan tadika. Di sini dapat dilihat ketangkasan simba mengelecek dan menampan bola. Aktiviti seterusnya adalah kemahiran diri. Peserta diminta menyiapkan makanan dan minuman sendiri. Menu utama adalah sandwich sardin dan air bandung berkarbonat. Begitu teruja para peserta menyiapkan juadah mereka.Pasti mereka tidak sabar untuk menunjukkan kebolehan mereka di rumah pula.

Program diakhiri dengan peserta bersalam-salaman dengan rakan-rakan dan kembali ke rumah masing-masing dengan semangat baru.