Membina Generasi Harapan

Wanita dan Dakwah

Allahhuakbar baju 2 bakul tak berlipat lagi, kerja rumah Along dan Angah tak tengok lagi, baju suamiku tak bergosok lagi, minggu depan ada kursus 4 hari. Nak guna maid takut dia pula yang tarbiyah anak-anak…Kalau dapat yang bagus Alhamdulillah…….Begitulah rungutan sesetengah wanita dengan kerja-kerja rumah dan tanggungjawab karier yang dipikul. Walau serumit dan seberat mana tanggungjawab seorang wanita dia tidak boleh lari dari tanggungjawab dakwah yang difahaminya. Lihat bagaimana Asma’ berusaha kuat menghantar bekalan kepada Rasullullah dan ayahnya walaupun menghadapi ancaman dari musuh dan alam yang menguji kekuatan tenaga wanitanya untuk melihat kesinambungan dakwah Islam. Kita bagaimana?????

Pernah ana memberitahu naqibah perihal masalah silih berganti menghantui diri membuatkan susahnya hendak bergelumang dengan dakwah. Lalu apa katanya……”Bumi ini bulat bagaimana kita lari dengan masalah pun kita akan berdepan dengan masalah itu juga”. Kata-kata ini membuatkan ana terhenyak seketika dan berfikir………

Oleh itu, bagaimana pun permasalahan dan kerumitan yang kita hadapi dakwah tetap menjadi kewajipan kita. Setiap ada hak tentu harus ada kewajipan. Maka Islam menetapkan kewajipan kepada seorang wanita sebagaimana laki-laki. Islam mewajibkan kepadanya untuk berdakwah di jalan Allah sebagaimana halnya kaum laki-laki. Wanita dituntut untuk berdakwah di jalan Allah dengan aturan-aturan berikut :
1) Melakukan tugas dakwah Illallah( menyeru kepada manusia) yang dibawa Rasullullah dengan hikmah dan mau’izhah hasanah (nasihat yang baik) berdebat dengan cara yang baik, sabar dalam menghadapi kesulitan dakwah dan tidak pernah berputus asa walaupun dicerca dan ditentang oleh orang yang didakwahi.

2) Melakukan amar ma’ruf nahi mungkar sesuai dengan kemampuan dan kondisi dirinya serta dalam kerangka aturan yang ditetapkan Allah. Ringkasnya hendaklah perbuatan amar ma’rufnya tidak menjurus kepada perbuatan mungkar demikian pula nahi mungkarnya tidak menjurus kepada kemungkaran lebih besar.

3) Berjihad di jalan Allah sesuai dengan kesanggupannya melalui berbagai macam jihad. Baik dengan kata-kata yang baik dan dialog/komunikasi yang terarah. Berjihad dalam setiap bidang kerja yang digelutinya seperti sekolah, masjid, kerabatnya, sahabat dan jiran tetangganya.serta berjihad di medan perang ketika peperangan sedang berkecamuk antara Muslimin dan musuhnya. Bila jihad itu hukumnya fardhu kifayah, maka ia harus meminta izin kepada suaminya atau walinya agar dia dapat mempersiapkan diri semaksimum mungkin ikut serta dalam pertempuran itu. Sebaliknya jika jihad itu hukumnya fardhu ain maka ia boleh keluar berjihad tanpa izin suami atau walinya.

Subhanallah besarnya peranan wanita dalam dakwah hingga disebut dan diperincikan dalam peperangan. Apa lagi wanita muslimah tugas kita lebih banyak dari masa yang ada. Bekerja keraslah demi melihat Islam tertegak hingga tiada fitnah lagi dan anak-anak kita juga berada dalam saf dakwah yang mulia ini. Anak-anak mempunyai hak untuk mendapat pendidikan dan pembinaan akhlak sempurna. Itu hak mereka wahai wanita Muslimah. Jika tidak sempurna maka kenalah kita menjawab dihadapan Allah nanti. Antum bersedia???? 3 faktor yang memainkan peranan dalam pembentukan peribadi anak adalah institusi rumah,bi’ah yang soleh dan contoh teladan yang baik. Kita tidak boleh lari dari bi’ah yang tidak baik kerana anak-anak akan keluar bercampur dengan masyarakat. Oleh itu, tanggungjawab kita mengisi masa anak-anak dengan aktiviti berfaedah supaya kita tidak melihat hanya komputer dan televisyen menjadi sahabat mereka. Dekat mana kita nak cari sahabat baik untuk mereka supaya menjadi bi’ah yang baik untuk perkembangan mereka dan qudwah mereka???? Rasa-rasanya??? Asas pendidikan yang mantap dan baik penting seiring dengan pertumbuhan anak-anak. Betul tak??? Kenapa pula ana tiba-tiba melencong membincangkan bab tarbiyah anak-anak ye (tarbiyatul aulad)???? Antum fikir ???? Sebab aktiviti NAZIM tak bergerak lagi. Kesian anak-anak kita tertunggu-tunggu aktiviti untuk mereka…. Apa lagi marilah sama-sama kita gembleng tenaga.
”Ya ALLAH satukanlah hati-hati kami supaya kami dapat bersatu berusaha menegakkan Din MU. Ya ALLAH permudahkanlah.”

Sumber:
1) Dr. Ali Abd Halim Mahmud: Fiqh Dakwah Muslimah

Nukilan: Ummumujahidah79

One response

  1. ibadmenulis

    kesimpulan tulisan ni memang menarik.

    July 15, 2009 at 7:22 am

Leave a reply to ibadmenulis Cancel reply